
“Ia bukan kesalahan, adakah nas yang melarang menyampaikan dakwah melalui nyanyian? Contohnya, Ustaz Kazim Elias menyampaikan dakwah menerusi dendangan, Ustaz Azhar Idrus juga menggunakan pendekatan lagu dan jenaka, di mana hampir 70 peratus pendakwah menyampaikan ceramah diselitkan lagu.
“Sama- samalah memartabatkan Islam, bukan menyindir dan mempersendakan artis yang mendapat hidayah dan rahmat ALLAH SWT untuk berubah dan berdakwah.
“Ini bukan soal parti, ini isu agama. Siapa sahaja wajib berdakwah ke jalan ALLAH SWT, dan wajib suarakan jika salah laku wujud dalam agama. Kita boleh menegur, menyampai dan mengajar serta memperingati walau dengan satu ayat, selagi tidak bertentangan dengan perintah ALLAH SWT,” kata Mustaffa – Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan