Selasa, 2 Disember 2014

Mashitah Perlu Berubah ..

Lagi teguran untuk Dr Mashitah kerana ucapannya di PAU 2014 sebelum ini. Kalau sebelum ini dari Abby dan Aishah, Ustaz Azhar Idrus, Timbalan Pengerusi Ikiam dan kini dari ADUN Sungai Limau Kedah, Mohd Azam Abd Samat. “Tidak kiralah sama ada pemimpin negara dan isteri mereka, golongan karyawan atau masyarakat awam, sebagai penceramah tersohor Datuk Dr Mashitah perlu menghormati dan memberi rangsangan kepada mereka untuk berhijrah dan mengeluarkan diri mereka daripada kejahilan.
 

 “Sudah tentu, manusia yang menyedari kesilapan lampau dan berusaha memperbaiki diri dengan bertaubat, adalah mereka yang menyesali perbuatannya itu lalu meninggalkan perbuatan buruknya dan berazam untuk tidak mengulanginya. “Kemunculan golongan artis sebagai “figure” masyarakat di pentas dakwah sudah pasti memberi kesan kepada peminat dan masyarakat untuk berubah dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang lebih baik,” katanya dipetik The Rakyat Post. Katanya lagi tuntutan itu selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W: “Dan orang-orang berhijrah adalah yang berpindah dan meninggalkan perkara dilarang Allah.” 

 “Ia bermakna mereka yang berusaha untuk meninggalkan perkara buruk atau mengeluarkan dirinya daripada kehidupan gelap gelita serta penuh kepalsuan dan kelalaian, menuju kepada kehidupan baru yang disinari cahaya iman, tindakan mereka adalah perbuatan terpuji dan wajib disokong,” jelasnya lagi. Menurutnya, apabila ramai di kalangan artis berhijrah daripada kehidupan lama mereka kepada kehidupan baru, mereka turut memilih PAS sebagai wadah mereka untuk mendekatkan diri kepada Islam di samping melaksanakan tugas dakwah bersama PAS. Kerajaan disaran menyediakan garis panduan lebih Islamik khususnya dalam setiap program hiburan, drama dan filem yang disiarkan di dalam negara ini. Tambahnya, unsur dakwah dalam drama dan filem kita jelas amat kurang, sedangkan drama dan filem merupakan medan dakwah yang luas dan belum diterokai dengan tuntas oleh karyawan di negara kita,” katanya, lapor The Rakyat Post. Kita nak dengar juga dari Jamil Khir, Fathul Bari, Ustaz Kazim, Radhuan Tee, agak-agaknya bila ya

Tiada ulasan: