Rabu, 10 April 2013

Konvoi Pakatan Rakyat Jelajah Parlimen Jasin 2013

Assalamualaikum .. salam muslimat


Pada hari Ahad ini 14 April 2013, Pakatan Rakyat Parlimen Jasin akan mengadakan Konvoi Pakatan Rakyat Jelajah Parlimen Jasin 2013. Konvoi dijangka bermula jam 8.00 pagi bermula dihadapan Poliklinik Umbai dan berakhir di Dataran Hamas, Kampung Kelubi Jasin. Konvoi ini akan meliputi Dun-DUn yang ditandingi oleh Pakatan Rakyat iaitu Dun Serkam, Merlimau, Sungai Rambai, Rim dan Bemban. 

Konvoi akan melibatkan motosikal dan juga kenderaan yang lain. Antara objektif perlaksanaan konvoi ialah untuk merapatkan hubungan sesama ahli pakatan rakyat disamping memberi peluang kepada rakyat untuk mengenali bakal calon di kawasan mereka daripada Pakatan Rakyat. Disamping itu juga konvoi ini turut menerapkan konsep berdisiplin ketika berada dijalan raya dan para peserta akan bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap peserta konvoi yang bakal mengikuti konvoi juga diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan yang akan diberikan oleh marshal-marshal yang telah dilantik.Menurut kordinator konvoi, Sdra Aminudin Jalil, konvoi ini adalah kesinambungan konvoi semarak hijau yang pernah dilaksanakan sebelum ini dan beliau menjangkakan penyertaan akan bertambah berbanding konvoi yang pernah dianjurkan sebelum ini. 

Selain itu beliau juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Jasin menyarankan kepada para peserta konvoi supaya mendengar segala arahan yang diberikan serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang konvoi berlangsung. Pihak penganjur juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang cuba untuk mencetuskan provokasi serta mengancam keselamatan peserta konvoi yang lain. Untuk maklumat lanjut berkaitan konvoi bolehlah merujuk kepada kordinator program di talian 0196577504. 

Khamis, 7 Mac 2013

RENUNGAN BUAT SEMUA..

Renungan Buat semua..


MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Sabtu, 23 Februari 2013

Assalamualaikum .. salam Ukhwah..Mesyuarat Dmpkj lalu telah menetapkan bahawa menjelang PRU 13 ini..Dmpkj akan menggerakkan seluruh jentera untuk menghidupkan Usrah dan Turun Padang setiap Jumaat.Sasaran kami adalah bertemu pengundi -pengundi yang baru pertamakali mengundi  setiap Dun yang Pas bertanding tanpa melupakan Dun yang Pas tidak bertanding.Bermula 15hb Februari 2013 lalu dengan rasminya,kami telah memulakan gerakan di Dun Serkam UPU Umbai ,Sebentar tadi 22hb Februari 2013 di Merlimau - Upu Merlimau Pasir dan seterusnya Jumaat depan 1hb Mac 2013.
           
            Dijemput semua ahli2 Pas membantu perjuangan kami bagi merealisasikan IMPIAN MALAYSIA..

Khamis, 14 Februari 2013

Ameerah Bakal Lancar Gelombang Oren

Assalamualaikum .. salam muslimat

Ameerah Malaysia, satu entiti anak muda dibawah Dewan Muslimat PAS Pusat akan melancarkan Gelombang Oren bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina bagi menyantuni masyarakat dan pengundi Tiong Hua .Program yang bertujuan untuk memberikan penerangan kepada rakyat khususnya wanita mengenai tanggungjawab kepada negara ini telah selamat dilancarkan pada 9 Februari lalu diseluruh Malaysia. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah edaran buah limau, risalah penerangan ameerah dan pelekat kereta dengan mesej wanita bahagia negara sejahtera. 


HAPUSKAN TOL! JIKA BERSETUJU UNDILAH PAKATAN RAKYAT.

HAPUSKAN TOL! JIKA BERSETUJU UNDILAH PAKATAN RAKYAT.



 Ini adalah kerana PLUS telah pun mengutip sebanyak RM23.4 billion manakala kos pembinaan hanya RM6.5 billion. Ianya bermakna PLUS telah membuat keuntungan sebanyak hampir RM17 billion dan kutipan selepas itu adalah merupakan rompakan terancang terhadap rakyat. sepatutnya kerajaan Malaysia mengambil alih semula pengurusan lebuh raya itu untuk memastikan rakyat tidak dibebani dengan bayaran tol yang terlalu tinggii dan juga untuk memastikan bahawa kutipan tol hanya untuk keperluan pengurusan tol bukannya untuk menjana kekayaan. Jika itu pun tidak mampu dilakukan oleh UMNO maka UMNO usahlah menjadi kerajaan. ini adalah kerana kerajaan dibentuk dari pemilihan rakyat, dipilih oleh rakyat untuk rayat bukannya untuk koperat. Ingat kerajaan adalah dari rakyat, oleh rakyat untuk rakyat./ameerahmalaysia

Forum Perdana Bersama Ustaz Bollywood

Assalamualaikum .. salam muslimat


Rabu, 13 Februari 2013

Mentaliti kuno






Isnin, 11 Februari 2013

Kalau Saya Penerima Br1m ....


Siapa Pencetus Huru-Hara Sebenarnya ??



Ahad, 30 Disember 2012

Leftenan Adnan Moden Lawan UMNO / BN


Pelakun terkenal Haire Othman (gambar) bertekad berjuang sehingga ketitisan darah terakhir sebagai 'Leftenan Adnan Moden' untuk membetulkan senario politik sekarang agar bebas dari belenggu pemikiran jumud pemerintah Barisan Nasional (BN). Semasa membintangi filem 'Leftenan Adnan' iaitu seorang Tentera Melayu yang bekerja dengan British menentang Jepun sekitar tahun 1940 jelas beliau, jiwa serta semangatnya begitu tinggi bangga terhadap perjuangan yang ditunjukan oleh Leftenan Adnan yang sanggup bermati- matian menentang kemaraan Jepun. 

 "Semasa memegang watak Leftenan Adnan jiwa dan semangat saya begitu tinggi walau pun waktu itu saya sendiri kurang arif siapa sebenarnya Leftenan Adnan yang kuat membantu British menentang Jepun. "Selepas membaca dan menyelidik akhirnya tahu dan sekarang berminat menjadi 'Leftenan Adnan' baru dan moden untuk menentang Umno dan BN, " jelasnya ketika berucap di majlis minum petang di Dewan Haji Taib, Tasek Gelugor semalam. Semangat Leftenan Adnan tetap berkobar di dalam sanubari sehingga kini, cuma bezanya dulu dalam lakunan menentang Jepun tetapi sekarang bersama PAS menentang Umno dan BN. 

 Bagi beliau, menentang kepimpinan Umno satu kewajipan kerana menyalahgunakan kuasa yang diberikan, menyelewengkan wang rakyat dan bersikap zalim dengan rakyat seperti bertindak merampas hak sedia ada. Memandangkan rakyat telah sedar jelas Haire lagi, kepimpinan BN terpaksa mengalih strateji menghulurkan tangan persabatan dengan memberikan segala macam bantuan yang tidak pernah dibayangi rakyat. "Sekarang ini rakyat telah diberikan terlalu banyak wang sebagai umpan politik. Dulu tidak pun. Inilah yang dikatakan rasuah politik menjelang pilihanraya umum ke 13," tegasnya. 

 Turut berucap dalam program anjuran Unit Amal Tasek Gelugor dan Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Tasek Gelugor, Haji Abdul Rahman Kasim, Naib Pengerusi Kerabat Kedah, Zamri Ibrahim, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Abdul Rahman Maidin dan Ketua PAS Cawangan Permatamg Berangan, Haji Rosli Hasbullah./Hrkh

ADUN UMNO Sokong Hudud Tiada Dalam Senarai


Nama Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat (gambar) dikatakan bakal hilang dari senarai calon Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber, ia berikutan cadangan beliau agar kerajaan melaksanakan Hudud bagi menghadapi jenayah yang kian meningkat di Johor sekarang.

Menurut sumber, nama beliau telah hilang dari senarai nama-nama calon Umno sebagaimana yang dikemukakan oleh Ketua Umno bahagian beliau yang juga anggota Parlimen  Sekijang.

Puncanya ialah sifat Ayub Rahmat yang dikatakan suka melawan arus anutan politik yang dibawa oleh pucuk pimpinan Umno peringkat negeri Johor maupun pusat.

"Jika sebelum ini gegak gempita satu dunia pasal menyokong hudud, terbaru gelagat dan perangai beliau yang memacakkan billboard menyeru wanita umat Islam (Muslimah) jaga aurat dikawasan DUN nya di Kemelah.


(Banner yang dinaikkan Adun Kemelah yang mengajak muslimah menutup aurat ini tidak disenangi Umno)

Kempen tutup aurat anjuran beliau ini diberitakan tidak mendapat restu dan kurang disenangi oleh pucuk pimpinan Umno Bahagian dan Negeri, kata sumber itu.

Jika benarlah akan maklumat ini maka sahlah dalam Umno, pemimpin yang mau membawa imej dan mesej Islam tidak akan mendapat tempat.

Jangan Lepaskan Peluang : Konvensyen Fiqh

Assalamualaikum .. salam muslimat



Abang Ipar TKM Sabah Sertai PKR

Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai PKR. KeadilanDaily melaporkan, Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum PKR itu berucap di pusat membeli-belah Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu, malam tadi. 

 Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin, isteri Yahya. Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu. Program anjuran Wanita PKR Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah. KeadilanDaily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan. Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti ditawan Pakatan Rakyat pada PRU13./Hrkh

Rabu, 19 Disember 2012

13 Aurat Wanita

Assalamualaikum .. salam muslimat 

13 Aurat Wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari...
Surah An-Nur Ayat 31. 


Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sabtu, 15 Disember 2012

Muslim Youth Smart Camp

Assalamualaikum .. salam muslimat BERITA GEMBIRA kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak lepasan SPM / STPM kami bawakan kepada anda Muslim Youth Smart Camp yang akan berlangsung pada 21 Disember 2012 hingga 25 Disember 2012


 *Pelbagai aktiviti menarik disediakan! makluman lanjut, boleh hubungi

Akh Syufaat : 0174018654

 Ukhti Balqes : 0127548007

"Isilah masa mu dengan perkara yang bermanfaat agar tidak terisi dengan perkara yang tidak bermanfaat"

Selasa, 4 Disember 2012

Pelancaran Agenda Wanita Malaysia peringkat Negeri Melaka

Assalamualaikum .. salam muslimat

Sekarang ini sedang berlangsungnya perasmian  Agenda Wanita Malaysia peringkat Negeri Melaka bertempat di Markas Pas Kampung Paya Dalam Ayer Molek Melaka


Bukti UMNO Makin Hilang Akal

Hampir semua ucapan dalam Perhimpunan Agong Umno (PAU) diarah kepada Pakatan Rakyat (PR). Ucapan berdegar-degar dengan pelbagai ugutan, amaran dan ego sehingga Menteri Besar Pahang menggunakan frasa seperti “potong telinga” dan “terjun sungai Pahang” seandainya PR berjaya menawan Bentong. Malah, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pula tidak segan-silu mengugut rakyat bahawa peristiwa Mei 13 bakal berulang seandainya UMNO ditolak dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang. Biasanya PAU adalah medan penting kerajaan bagi merangka dasar membela nasib bangsa Melayu dan perancangan masa depan negara, samada ekonomi, sosial dan agama. Namun, persidangan kali ini diadakan seolah-olah sebagai pra-kempen PRU13 dengan menghentam PR dan medan Umno berkempen sesama ahli Umno. 


 Namun semua ini jelas menandakan Umno kini berada dalam situasi ketakutan tidak menentu. Gambaran ketakutan ini mencerminkan gelora dalaman Umno bahawa mereka kini berhadapan dengan realiti rakyat yang akan menolak mereka dalam PRU13. Lebih menarik, perhimpunan kali ini diwarnai dengan serangan ahli perniagaan kontroversial Deepak Jaikishan terhadap ‘kawan lamanya’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya secara langsung. Sesungguhnya, rakyat menanti respon PM dalam ucapan penggulungannya, namun sayang ianya langsung tidak disentuh oleh beliau di PAU. Jika peluang diambil untuk membuat penjelasan, sudah tentu ia didengari oleh kebanyakan rakyat kerana ucapannya diberi liputan begitu meluas. Membiarkan tuduhan sebesar ini tanpa penjelasan menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak. Demikian juga serangan terbuka oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mendakwa beliau mencampuri urusan pihak polis. Dakwaan yang disambut dengan desakan agar Hishamuddin meletakkan jawatan juga dibiarkan begitu tanpa sebarang ulasan diberikan di PAU.

 Perwakilan Umno juga tidak bimbang maruah negara tercemar, bilamana negara luar ( Perancis) membicarakan soal rasuah pemimpin negara dalam isu Scorpene dengan sikap berdiam diri mereka mengenai isu tersebut ketika PAU. Ketakutan tehadap peguam Prancis sehingga beliau tidak dibenar masuk ke Malaysia, dan terpaksa mengadakan pendedahan di Singapura adalah sesuatu yang sangat mengaibkan. PM juga tidak mengambil peluang untuk menjelaskan kegagalan beliau menunaikan janji untuk menurunkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dalam pilihanraya negeri dua tahun lepas. Isu royalti minyak, penghapusan kabotaj, isu tanah di Sabah dan Sarawak, isu keselamatan negara antara isu utama yang rakyat menanti kenyataan dari pimpinan Umno khasnya PM, juga tidak kedengaran di PAU. Lebih penting lagi, PM juga tidak menggunakan peluang untuk mengisytihar perang terhadap budaya rasuah yang melanda kerajaan pimpinannya. Namun bagi Umno, semua ini bukan isu besar ibarat kata sebilangan perwakilan Umno bahawa skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melibatkan jumlah yang sedikit dan remeh untuk diperjelaskan. Namun, tiada yang perlu dihairankan kerana sikap ini jelas terpapar di PAU Wanita Umno. Meskipun kini berhadapan dengan ejekan, Wanita Umno masih menyanjung ketuanya, Shahrizat yang terpalit dengan isu NFC kerana ketiadaan tokoh lain dalam sayap tersebut. Yang ada di PAU hanyalah kebimbangan PM terhadap sabotaj dalaman parti bilamana akan ada yang tidak bersetuju apabila mereka tidak dicalonkan. Kebimbangan PM menampakan bahawa isu cah keting sesama Umno bukan lagi cerita di sebalik tabir, tetapi ugutan secara terang-terangan. Di sebalik keyakinan PM bahawa BN boleh menguasai majoriti besar dalam pilihanraya umum, kenapa masih ada ugutan kepada rakyat dan serangan khusus kepada PR di PAU. 

Ternyata mereka sedar keadaan semasa adalah sebaliknya dan tindakan itu adalah sekadar reaksi panik kebimbangan terhadap perubahan yang bakal berlaku. PAS menggesa seluruh jentera parti meningkatkan gerakerja berfokus kepada sasaran dan mengemaskini seluruh jentera parti di semua peringkat. Medium terbaik ialah bertemu pengundi secara terus dan berhemah bagi menjelaskan segala kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh media perdana. Kita perlu menembusi setiap rumah pengundi dengan maklumat yang jelas dan membina keyakinan mereka. Paluan gendang perang telah dibunyi. Jangan ada yang menghabiskan masa menimbulkan polemik dalaman. Jaga perangkap musuh dan elakkan diri daripada menjadi jurucakap bagi pihak musuh. 

 Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, 
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Umno benar-benar tak ada modal

Umno dianggap benar-benar kehabisan modal apabila hampir keseluruhan ucapan dasar dan penangguhan Presiden pada Perhimpunan Agung parti itu menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, nampak sangat Umno seperti kehabisan modal bagi membincangkan masalah dalaman parti itu. “Mereka sudah tidak ada modal lagi. Kalau kita perhatikan hampir keseluruhan ucapan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memperlekehkan orang lain. “Inilah saban kali kita saksikan setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Sudah tidak ada modal lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah sempena Kongres Dunia Islam di Balai Islam di sini malam tadi. Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. 

 Malah Najib pada ucapan penangguhan yang dianggap sebagai ikrar Umno mendakwa satu undi kepada PKR akan membawa kepada kerosakan akidah dan umat, undi PAS untuk perpecahan, manakala undi DAP membawa kepada penindasan. Ustaz Abdul Hadi juga berkata, Umno pun nampaknya sudah pandai membaca doa pada perhimpunan parti mereka. Menurutnya sebelum ini Umno memperlekehkan doa dibaca pemimpin PAS, namun sekarang mereka sendiri pun membaca doa. Ketika berucap sebelum itu katanya, Islam perlu kembali semula untuk pimpin dunia selepas banyak ideologi lain terbukti gagal menangani kehidupan umat manusia. 

 “Hanya Islam sahaja yang menerangkan segala aspek dalam kehidupan umat manusia. Sekarang anak-anak yang pernah mendapat didikan daripada barat pun bangkit mempertahankan Islam. “Islam tetap bangkit biar pun cuba dihalang. Kita runtuhkan jahiliah untuk tukar kepada kerajaan yang adil. “Umno nampak seperti mahu kekal sehingga kiamat,” katanya. Sebelum itu ceramah disampaikan Naib Presiden Institut Pemikiran Islam, Sheikh Dr Ahmed Totonji dan wakil Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Anang Sharifuddin. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. Kongres Dunia Islam 2012 berlangsung 1 hingga 5 Disember ini bertempat di Hotel Grand Riverview membabitkan pembentangan 70 kertas kerja dari dalam dan luar negara.

Khamis, 22 November 2012

Pemarah : Rawatlah Hatimu ..

Assalamualaikum .. salam muslimat 


 KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah. Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134). 

 Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43). Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi.

 Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Maka, jangan sesekali ada terpahat di hati kita ungkapan... ".... aku ni susah sikit nak maafkan orang..." 

Buangkan ungkapan itu jauh-jauh. Tanamkan sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. 

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari). Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. 

Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat.

Dakwah : Ijbari atau Ikhtiyati ?

Assalamualaikum .. salam muslimat 

 Apabila disebut tentang kebaikan atau kebajikan, akan terhidang banyak pilihan perkataan (arab) di hadapan kita. Ada perkataan khair, ma’ruf, birr, hasan, soleh, dan lain sebagainya. Namun, sedarkah kalian, bahawa setiap satunya memberikan rangkuman makna yang berlainan, biar pun terjemahannya mungkin serupa? Inilah yang dimaksudkan pepatah melayu sebagai “sama tetapi tidak serupa.” Jika disebut “ma’ruf” (kata akarnya “ma’rifah” yang bererti “tahu”), sesuatu kebaikan itu perlu diberi kefahaman.

 Ia agak susah hendak difahami, melainkan perlu ada “pemberitahuan”. Sedangkan untuk “khair” (kata akarnya “al-khiyar” yang bermaksud “pilih”), pengetahuan kebaikan itu berlaku dengan ikhtiar atau pilihan manusia, tanpa diajar oleh sesiapa pun, lantaran ianya bisa difahami dengan fitrah semulajadi yang ALLAH kurniakan kepada manusia. [1] Itulah sebabnya, di dalam surah ali Imran [3] ayat yang ke 104, untuk berbuat al-khair, cukup dengan diseru/ di dakwahkan sahaja. 

Tetapi, dalam hal berbuat ma’ruf, harus diperintah/ diarahkan. Kenapa? Kerana hal yang bersifat khair, ianya sudah dimaklumi kebaikankannya kepada manusia secara fitrah, lantas, yang perlu hanyalah seruan, ajakan ataupun dakwah. Misalannya menolong orang, atau bercakap benar, atau berbakti kepada kedua ibu bapa, semua agama, mahupun civilized person sudah sedia maklum akan kebaikan dan keperluan untuk melaksanakannya. Sedang hal yang ma’ruf, lantaran ianya adalah sub-set kepada al-khair, tanpa pemahaman, suruhan dan perintah, sulit manusia untuk melaksanakannya. 

Baik kerana tidak tahu, tidak sedar mahu pun berdegil untuk melaksanakannya. Soalnya sekarang, apakah dakwah dan tarbiyah itu hal yang ma’ruf, yang perlukan “bebelan” panjang kita kepada orang hingga barulah ia tersedar akan peri-pentingnya menjadi sebahagian daripada harakah Islam , atau justerunya ianya suatu yang khair yang memang semulajadinya disedari oleh semua kita. 

 Apa pun jawapannya, bagi mereka yang sudah pun terlibat dalam halaqah dan usrah, dakwah tidak lagi menjadi pilihan. Tetapi seharusnya; kewajipan! Dan bukankah para rasul pemegang panji ALLAH, sering diuji dek “bidang” yang mereka geluti? Maka, jika kita yang mengaku daie lebih sering diuji dan disedihkan oleh urusan duniawi berbanding urusan dakwah, maka benarkah kita sudah menginfakkan seluruh hayat kita untuk dakwah? 

 Kerana kita semua, bakal diuji dengan titik kelemahan kita. Maka biarlah ujian yang menimpa diri kita, merupakan ujian dalam “bidang” dakwah, agar kita kekal mulia dengan memikirkan permasalahan umat, persis pesannya Syed Qutb hafizullah; “Orang yang hidup untuk dirinya sendiri akan hidup seperti orang yang kerdil dan mati sebagai seorang yang kerdil. Tetapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagi orang yang ‘besar’ dan mati sebagai orang yang besar juga..”