Isnin, 1 Disember 2014

KECAM ARTIS BERHIJRAH : MASHITAH MESTI MOHON MAAF

Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka mengecam kenyataan KetuaWanita Umno Bahagian Baling. Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan tindakan artis-artis Malaysia yang ramai berhijrah mendekatkan dirikepada Allah. Ketua Penerangannya, Mahani Othman Basir berkata kenyataan Mashitah tersebut sebenarnya mengguris hati dan perasan artis-artis yang berhijrah kerana seolah-olah Umno dan Mashitah tidak setuju dengantindakan mereka yang memakai tudung, memakai kopiah dan menyampaikan tazkirah dan ceramah dalam program-program yang melibatkan orangramai. "Kita sepatutnya menyokong dan memberi galakan kepada mereka kerana tindakan mereka berhijrah adalah sangat baik dan dialu-alukan. Dulunya mereka tidak menutup aurat, lalai, memakai pakaian yang menjolok matdan tidak sopan, bila berubah kita pula tidak suka kepada mereka" "Artis-artis kita yang berhijrah bukannya setakat berubah dari segi pakaian dan tingkah laku tetapi mereka juga menghadiri kelas-kelas agama, usrah dan program-program pendidikan agama bagi mendalami Islam" ujar Mahani. 


Mahani yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil berkata apa salahnya mereka menyampaikan tazkirah dan ucapa ndalam program ceramah dan forum asalkan mereka tidak membawa ajaran sesat dan mengelirukan orang ramai. "Mereka bukannya menjatuh hukum atau memberi fatwa sebaliknya hanyaberkongsi pengalaman dan pandangan dalam ruang lingkup ilmu dan pandangan mereka khususnya berkaitan dunia hiburan". "Tindakan berhijrah sepatutnya dialu-alukan. Apakah Mashitah ingin terus melihat artis-artis kita terus hanyut dengan dunia lalai dan hedonisme mereka yang tidak terkawal" soal Mahani. Beliau berkata Mashitah mesti memohon maaf kepada semua artis-artis yang berhijrah dan mesti memberikan sokongan kepada semua artis yang telah dan akan berhijrah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Menurutnya, tindakan Mashitah mengecam artis-artis yang berhijrah itu sebenarnya didorong oleh sentimen politik kerana ramai di antara artis yang berhijrah menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan PR malah ramai yang membantu PAS dan PR pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu.

Tiada ulasan: