Ahad, 9 Oktober 2011

PELANCARAN AMEERAH DAN GELOMBANG EPEL HIJAU

Assalamualaikum .. salam muslimat

Penubuhan Ameerah sebagai entiti baru di dalam Dewan Muslimat PAS Pusat adalah untuk meraikan kepelbagaian aktiviti dan minat generasi wanita muda.


Pengarah Program Pelancaran Ameerah dan Gelombang Epal Hijau sempena Sambutan Ulangtahun PAS ke 60 tahun, Aiman Athirah al-Jundi dalam ucapan aluannya berkata ianya mempunyai matlamat yang sama untuk menjulang Islam dalam ketempangan sistem demokrasi yang sedia ada.

"DMPP memperkenalkan Ameerah sebagai satu lajnah politik yang ditubuhkan khusus buat golongan muda," katanya kepada kira-kira 1000 para peserta program.
Dalam pada itu, jelasnya pemilihan epal hijau adalah sebagai simbolik kepada semangat hijau orang muda yang ceria, cergas dan segar.

"Gelombang epal hijau menjadi simbol pelancaran jentera dan gerak kerja di seluruh peringkat dan juga simbolik kepada suatu kehadiran baru yang menjadi gelombang kekuatan PAS mendepani musuh politik Islam dalam negara," tegasnya penuh semangat.

Majlis turut diserikan dengan persembahan montaj pengenalan kepada Ameerah yang menarik minat para peserta program termasuk pemerhati di kalangan kaum adam.

Tiada ulasan: