Ahad, 9 Oktober 2011

DMPP LANCAR AMEERAH DEKATI MUSLIMAT MUDA

Assalamualaikum .. salam muslimat
Dewan Muslimat PAS Pusat menyahut cabaran politik semasa tanah air dengan menubuhkan satu lagi entiti baru bagi golongan wanita muda di tanah air ini sebagai pelapis kepimpinan muslimat muda sekaligus menongkah perubahan.Ketuanya, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof berkata ia merupakan suatu keperluan bagi memenuhi ruang dalam melahirkan generasi muda yang berkualiti sekaligus berakhlak mulia dan segar.

"Golongan muda merupakan entiti yang penting dan mereka kini telah membuka minda mereka dengan suasana politik negara," ujarnya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan ketika majlis perasmian Ameerah dan Gelombang Epal Hijau sempena sambutan Ulangtahun PAS ke-60 di Dewan Millenium, Kepala Batas hari ini.Beliau yang juga ahli parlimen Rantau Panjang turut mengucapkan tahniah atas pelancaran gelombang epal hijau yang diraikan pada hari ini.
DMPP ujarnya meraikan kedatangan orang muda dalam perjuangan ini bag membantu kemenangan bersama tenaga muslimat yang sedia ada.

"Sejarah penglibatan muslimat muda dimulai dengan unit amal nisa wal banat yang kemudian direbranding kepada amal nisa diikuti dengan kewujudan briged muslimat dan kini unit ameerah yang baru bagi memberi peluang kepada muslimat muda untuk aktif bersama dalam menjayakan Islam sebagai wadah perjuangan," ujarnya lagi.

Siti zailah turut mengucapkan penghargaan kepada pimpinan muslimat terdahulu yang telah banyak menyumbang dan berkorban demi menjayakan aspirasi dan dasar perjuangan PAS.Tegasnya, terdapat tiga ciri utama Ameerah iaitu akhlak, berilmu, bertakwa, cergas dan cerdik."Kita menawarkan suatu alternatif kepada generasi muda sebagai memenuhi aspirasi orang muda untuk melahirkan generasi muda yang berilmu dan beramal untuk kebangkitan Islam,

"Nilai dan akhlak puteri Umno bukan contoh dan tawaran kepada generasi muda," tegasnya.Beliau menyeru agar golongan ibu agar menggalakkan anak-anak gadis mereka agar melibatkan diri dengan ameerah bagi membentuk pelapis kepada pemimpin negara pada masa akan datang."Dengan terlancarnya Amerah, maka ia diharap akan diteruskan di kesemua peringkat dari negeri ke kawasan dan cawangan," katanya.

Tiada ulasan: