Ahad, 9 Oktober 2011

PAS IKTIRAF PERANAN MUSLIMAT

Assalamualaikum .. salam muslimat

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh muslimat yang didakwa melebihi tenaga muslimin. Penegasna tersebut dibuat beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian Pelancaran Gelombang Epal Hijau di Dewan Millenium di sini."Para muslimat memainkan peranan yang aktif di peringkat akar umbi lebih daripada muslimin dan ini merupakan kelebihan mereka,"ujarnya .

Walaupun ujarnya, mereka sering dijadikan sasaran untuk tujuan eksploitasi dan diperdagangkan, mereka tetap memberikan komitmen yang padu dalam memastikan matlamat perjuangan Islam tercapai.
"Ini kelebihan mereka, iaitu mereka lebih mementingkan peranan dan tugas daripada jawatan serta kedudukan.

"Ini menunjukkan penglibatan muslimat dalam peperangan demokrasi sangat penting kerana dalam demokrasi undi lelaki dan wanita adalah sama," katanya.Oleh itu tegasnya, di sini peranan penting Muslimat untuk melonjakkan sokongan kepada PAS dan tugas ini adalah sangat penting dalam menunaikan amanah yang diberikan.Beliau yang juga ahli parlimen Marang turut menceritakan mengenai bberapa contoh tokoh serikandi terdahulu yang telah berjuang dan terkorban demi memartabatkan Islam."Kenapa Allah memilih muslim pertama yang syahid adalah di kalangan wanita iaitu Sumayyah, begitu juga dengan Asiah yang membesarkan seorang nabi di dalam istana firaun," ujarnya lagi.Malah tambahnya, muslimat kental seperti Hajar sahaja yang mampu menanggung arahan berat daripada Allah ketika bersama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail."Apatah lagi peranan isteri Rasulullah Khadijah serta Aishah yang diiktiraf sebagai ulama begitu juga peranan mereka yang diiktiraf dalam memberikan pandangan dalam majlis syura."Mereka juga turut terlibat dengan peperangan untuk merawat selain bersama-sama mujahidin dalam peperangan sehingga syahid," katanya lagi.

mengulas mengenai pemilihan warna hijau epal, ustaz Hadi berkata hijau adalah pakaian syurga dan menyegarkan.Ameerah diharapkan akan dapat menjadi sayap yang akan menguatkan jentera PAS dalam mengisi kemenangan.Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat bagi mengukuhkan Islam dan PAS pada masa akan datang.Majlis diteruskan dengan bacaan doa perasmian, diikuti aksi simbolik menyiram air ke dalam semangkuk benih.

Kemudian, beliau melancarkan persembahan multimedia serta menandatangani replika epal hijau diikuti pemotongan kek epal.Selepas itu orang ramai diedarkan epal hijau sebagai tanda kenangan perasmian dan pengenalan Ameerah untuk dibawa pulang.Dewan majlis penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang datang daripada pelbagai latar belakang umur untuk menyaksikan acara bersejarah tersebut.

Tiada ulasan: