Jumaat, 27 September 2013

Rasuah Pilihan Raya Bukan Perkara Baru

Insiden rasuah dalam PRU13 bukan perkara baru dan merupakan rahsia terbuka yang sudah dimaklumi oleh kebanyakan pengundi selain petugas pilihanraya di Malaysia. Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud tidak menafikan laporan oleh Pemantau Pilihan Raua Rakyat (Pemantau) berkenaan yang menyatakan separuh daripada 51 kerusi yang dipantau ketika PRU13 lalu terbabit dengan insiden rasuah.


Katanya pemantauan yang dibuat oleh badan tersebut membuktikan bahawa PRU13 sememangnya dijalankan secara tidak adil dan bersih.

"Laporan ini menyanggah dakwaan di pihak UMNO-BN yang menyatakan PRU13 merupakan pilihanraya terbaik pernah dijalankan", jelas beliau ketika dihubungi Harakah, 20 September lalu.

Siti Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyiasat perkara tersebut secara terperinci.

Tiada ulasan: