Isnin, 26 Ogos 2013

SELAMAT HARI WANITA

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah sekali lagi kita merayakan hari wanita pada tahun ini di saat suasana negara kita masih berada dalam suasana kemeriahan Eidul Fitri.Sebagai seorang ibu dan isteri kita semestinya mengharapkan yang terbaik untuk anak dan keluarga kita serta masa depan mereka. 

Kita mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk kezaliman dan keganasan terhadap wanita, kanak kanak dan rakyat yang tidak berdosa di Mesir, Syiria, Tunisia, Lybia, Myanmar, Sri Langka, Palestin dan seluruh dunia termasuk dalam negara kita.Kaum wanita seharusnya dilindungi dan dikasihi daripada sebarang bentuk penderaan, penganiayaan dan kezaliman. Dan ini harus dihentikan baik wanita baik negara.
 
Wanita adalah pencorak masa depan negara. Harapan kita agar wanita Malaysia adalah wanita yang celik mindanya, tajam akal dengan ilmu penuh di dada. Malah, dengan iman insyaAllah akan menjadi isteri, ibu, atau anak yang solehah berguna kepada bangsa dan negara berkat dunia dan akhirat

SELAMAT HARI WANITA UNTUK SELURUH WANITA MALAYSIA
 
Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat

Tiada ulasan: