Selasa, 27 Ogos 2013

Muslimat Anjur Kempen Selamatkan Mesir

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melancarkan kempen sejuta tanda tangan kesedaran Selamatkan Mesir di rumah terbuka PAS hari ini. Para pengunjung rumah terbuka menurunkan tanda tangan mereka di atas kain rentang berwarna putih sebaik sahaja memasuki pekarangan padang Kelab Sultan Sulaiman. Menurut Penyelaras Kempen Selamatkan Mesir Aiman Athirah Al Jundi berkata, kempen ini sebagai inisiatif Muslimat sebagai menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir. 


 Bahkan katanya, pelancaran ini akan disusuli dengan beberapa siri program yang berkaitan dan kutipan tanda tangan akan diteruskan di peringkat negeri. "Acara kemuncak program ini, kita akan teruskan dalam Muktamar Muslimat PAS akan datang," katanya. Pelancaran kempen ini disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff di mana beliau turut mengedarkan kad 'Doa Qunut Nazilah' serta button 'Save Egypt' kepada pengunjung rumah terbuka. 

Athirah turut menjelaskan, kempen ini bukan hanya untuk selamatkan Mesir tetapi sebagai cabaran kepada pimpinan Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) untuk bertindak segera ke atas nasib rakyat Mesir yang akan dimulai oleh Malaysia. "Kita desak pemimpin-pemimpin lelaki OIC untuk bertindak segera hapuskan kuasa-kuasa anasir yang bertindak keterlaluan tanpa perikemanusiaan terhadap umat Islam Mesir," katanya ketika ditemui.

Tiada ulasan: