Khamis, 24 Mei 2012

Lancar Perisai Mujahidah pada Himpunan Hijau

Salmiyah Harun

Muslimat PAS seluruh negara digesa tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyemarakkan Himpunan Hijau di Alor Setar, Kedah pada 1 Jun ini.Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof
 berkata, Himpunan Hijau yang diadakan bagi menggantikan Muktamar Tahunan PAS mungkin himpunan terakhir sebelum turun ke pilihan raya umum nanti.Tegasnya,  Himpunan Hijau ini merupakan harapan parti agar sokongan dan dokongan ahlinya melaksanakan amanat serta menggembleng tenaga menuju ke Putrajaya."Kalau 28 April kita kuningkan Kuala Lumpur, pada 1 Jun ini kita hijaukan Kedah. Kita minta muslimat dan ahli parti datang beramai-ramai," katanya kepada Harakahdaily.


Malah, beliau juga menyifatkan himpunan itu nanti akan membuktikan sokongan rakyat kepada PAS sebagai penggerak perubahan."PASlah akan menjadi pemimpin untuk menggerakkan perubahan. Hijau lambang kesucian dan kemurnian. Jadi sama-sama kita membuat perubahan politik negara," jelas beliau.Justeru, dalam perhimpunan yang bakal mencatat sejarah itu, Muslimat PAS Pusat akan melancarkan sebuah buku berjudul 'Perisai Mujahiddah' yang akan disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Menurut Zailah, buku itu disusun khas buat jentera parti dengan pengisian doa-doa serta munajat sebagai bekalan pertahanan di masa depan.

Sementara itu, pihak penganjur kini sedang rancak melakukan persiapan untuk menerima kehadiran hampir 100,000 peserta ke program itu nanti.Malam tadi juga berlangsungnya mesyuarat penyelarasan bagi melihat keperluan yang perlu disediakan.Difahamkan setiap kawasan PAS dari seluruh negara akan menghantar 1000 wakil mereka ke program itu nanti.Program itu juga adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan tidak terhad kepada ahli PAS atau dewan himpunan PAS sahaja.Jam 4.30 petang bermula dengan 'Xpresi Anak Muda ke Putrajaya' di mana penceramah yang digilai anak muda hari ini Ustaz Azhar Idrus akan menyampaikan kuliah asar kemudian diikuti sketsa Belantan Pusaka Durjana.Sesi 'Munajat ke Putrajaya' dimana para peserta akan solat maghrib berjemaah, hajat dan munajat serta isyak berjemaah sebelum rapat umum diadakan
.

Tiada ulasan: