Khamis, 24 Mei 2012

Bekas peguam cara II Nafi Sertai PAS

Assalamualaikum .. salam muhibbah 

 Bekas peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden menafikan akan menyertai PAS bulan depan sebaliknya mempertahankan pendiriannya untuk kekal tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan politik."Tiada kebenaran (dalam cakap-cakap) saya akan menyertai politik atau PAS bulan depan, ekoran saya apolitikal dan tidak mempunyai sebarang pertalian politik."Seperti saya katakan sebelum ini, saya profesional dan akan terus berhujah di mahkamah." Sinchew Daily hari ini melaporkan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebagai berkata, Yusof akan menyertai parti itu dalam perhimpunan besar mereka "Himpunan Hijau ke Putrajaya" di Alor Setar pada 1 Jun nanti.

Mahfuz bagaimanapun hari ini memberitahu Malaysiakini beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung kemasukan Yusof ke dalam PAS.Semalam, Yusof mencuri perhatian apabila mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dalam perhimpunan jalanan. Bekas orang nombor tiga dalam Pejabat Peguam Negara itu sebelum ini menyertai pasukan pendakwaan terhadap Anwar dalam perbicaraan kes 'liwat II'.Sementara itu, mengulas khabar angin berhubung hubungan tidak baiknya dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Yusof berkata mereka berdua sebenarnya "sahabat baik".Katanya, mereka masih berkawan walaupun banyak kali mereka mempunyai perbezaan pendapat.Beliau semalam ketika ditemui selepas prosiding mahkamah berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Abdul dan beliau profesional sejak memilih bersara pada 1 Februari.~ Malaysiakini

Tiada ulasan: