Khamis, 5 Mei 2011

HJH KINTAN MAN KETUAI DEWAN MUSLIMAT MELAKA

Dua sayap utama PAS Melaka iaitu Dewan Pemuda dan Muslimat mendapat ketua baru apabila penyandang jawatan pada penggal lalu tidak mempertahankan jawatan masing-masing.Bekas calon PRK Merlimau, Yuhaizad Abdullah dan Kintan Man dipilih mengetuai Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Negeri pada muktamar masing-masing Ahad lalu.Yuhaizad menggantikan Ustaz Kamaruddin Sidek yang melepaskan jawatannya atas faktor umur manakala Kintan menggantikan Dr Khatijah Jumangat yang tidak mempertahankan jawatannya.

Kedua-duanya dipilih tanpa bertanding.Timbalan Ketua Dewan Pemuda disandang oleh Ustaz Musa Mohamad manakala Naib Ketua diamanahkan kepada Yuzi Azhar Yosof. Timbalan dan Naib Ketua Dewan Muslimat penggal lalu iaitu Shopiah Ahmad dan Hajah Aziah Saad mempertahankan jawatan masing-masing tanpa bertanding.Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda ialah Shaharuddin Yusof, Juhari Osman, Shahrin Azam Ismaon, Mohd Aizat Baharuddin, Jauhar Md Dawi, Abu Khir Abu Bakar, Ustaz Sobri Abdullah, Ustaz Azizan, Ustaz Helmi Mohd Dahan dan Ustaz Nurkhairi Yusof.

Manakala Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat yang dipilih ialah Anida Haron, Hawa Yaakob, Dr Khatijah Jumangat, Ustazah Noraini Sidek, Fadhilah Ismail, Maisarah Abu Bakar, Zarina Khalid, Rozita Md Saad, Mahani Osman dan Khadijah Ibrahim.

Muktamar Dewan Pemuda dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jerai yang juga Pengarah Pilihanraya Pemuda Pusat, Mohd Firdaus Jaafar semnetara Muktamar Dewan Muslimat pula diadakan Maahad Ar Rahmah Solok Gaong dirasmikan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Zailah Mohd Yusof.

Tiada ulasan: