Isnin, 25 April 2011

BUKTI UMNO PERALAT MASJID

UMNO-BN sekali lagi umpama manusia berhidung belang, iaitu manusia hipokrit yang telah mempolitikkan masjid dengan politik kepartian. Gambar-gambar menunjukkan sebuah program Maulidur Rasul anjuran Wanita UMNO Dun Bukit Baru yang berlangsung pada semalam 24 April 2011.

Program tersebut di adakan di dalam dan perkarangan masjid Bukit Beruang yang terletak di dalam Dun Bukit Baru, iaitu tempat bertandingnya KM Melaka, Datuk Ali Rustam. Program ini juga adalah kerjasama dengan Wanita PERKIM, Cawangan Bukit Baru dan bersama-sama AJK Lembaga Masjid Bukit Beruang.


Ini jelas kepada kita bahawa, selama ini UMNO yang telah melemparkan pelbagai tomahan dan tuduhan liar kepada Pembangkang yang mengatakan Pembangkang telah mempolitikkan masjid sebenarnya hanyalah bersifat hipokrit. Mereka ibarat golongan munafik yang bercakap tetapi mereka sendiri tak melakukannya.


Majlis Maulidur Rasul tiada salahnya, yang salahnya adalah menggunakan masjid di atas 'stand' parti UMNO sebagai pertubuhan parti politik sedangkan sebelum ini kerajaan sendiri melarang mana-mana parti politik menggunakan nama atau lambang parti politik di atas masjid. Bagaimana pula UMNO yang dulunya di lihat begitu marah dengan Pembangkang yang kononnya telah mempolitikkan masjid, walaupun tiada di sebut langsung tentang parti politik, yang ada hanyalah menceritakan tentang hubung kait masjid (sebagai institusi agama) dan politik itu tidak boleh di pisahkan.

Namun, jelasnya telah banyak bukti dan fakta menunjukkan UMNO lah yang telah mempolitikkan masjid dengan politik kepartian. Inilah sebenarnya sikap sebenar UMNO yang rakyat perlu lihat dengan jelas. Anggapan mereka, bila UMNO atau BN semuanya boleh, tetapi bila Pembangkang, semua tidak boleh.

Inilah sebenarnya sikap angkuh dan sombong UMNO yang beranggapan mereka boleh buat apa sahaja. Ya, mereka boleh membuat apa sahaja selagi mereka berkuasa, tetapi mereka harus ingat berapa lama lagi mereka boleh terus dalam keadaan begini. UMNO-BN akan tumbang suatu hari nanti sebagaimana hari ini di Sarawak juga semakin terhakis sokongan rakyat kepada BN di dalam PRN Sarawak apabila BN banyak hilang kerusi. Di Melaka, atas dasar optimis, PAS Melaka yakin dengan bantuan Allah, UMNO Melaka juga akan tumbang suatu hari ini. InsyaAllah

Tiada ulasan: