Ahad, 17 Januari 2010

AH LONG - KESAN SISTEM KAPITALIS

Salah satu cara kerajaan membenteras ah long ialah dengan membatalkan no tel bimbit mereka.

Semalam kerajaan mengumumkan bahawa 6163 no telefon ah long berjaya di 'potong'.

Ada kesan ke kalau no tel ah long dipotong. Macam buat kerja sia-sia saja.

Daripada angka itu kita dapat melihat bahawa bilangan ah long dinegara ini adalah ramai.

Walaupun ah long sering digambarkan sebagai penindas tetapi institusi kewangan sebenarnya lebih menindas.

Penindasan cara kapitalis memang seperti bermain silap mata.

Hanya peniaga yang berkemampuan (senang) sahaja yang boleh meminjam dalam sistem kapitalis. Orang baru nak berniaga minta maaf.

Sebab itu ah long tak mungkin dapat dihapuskan. Selagi tiada imbangan bagi memudahkan golongan peniaga meminjam di institusi kewangan.

Lagi canggih bank, lagi susah kita nak pinjam.

Sebab itu asas kapitalis mudah, yang kaya semakin kaya yang miskin macam itu juga.

Sebab itu dalam melawan ah long, kerajaan jangan lupa mainan golongan kapitalis ini. Dari mana ah long dapat duit untuk bagi pinjaman pada pelanggan mereka, kalau bukan dari bank.

Dan bank kalau nak bagi pinjam duit, dia tak tanya kau ah long ke tidak. Yang penting sama-sama kaya.

Ah long tak cetak duit sendiri ma!

Tiada ulasan: