Memaparkan catatan dengan label perang saraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perang saraf. Papar semua catatan

Ahad, 4 September 2011

SALAH LAKU UMNO ; PERABIH DUIT RAKYAT

Assalamualaikum .. salam muslimat

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) disediakan dana wang tunai khas oleh kerajaan pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan prasarana secara langsung di bahagian Parlimen masing-masing ─ ketika pilihan raya umum ke-13 semakin dekat sudah hangat diperkatakan, lapor The Malaysian Insider.BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.Akhbar harian Sin Chew Daily melaporkan bahawa peruntukan yang disediakan boleh mencecah sehingga RM2.5 juta bagi sesetengah bahagian.

Bagaimanapun tiada dana bagi kawasan yang dikategorikan sebagai “hitam”, di mana BN hilang kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.Beberapa ahli Parlimen yang dihubungi mengesahkan mereka telah disediakan peruntukan khas, yang dibayar antara RM500,000 dan RM2.5 juta ─ bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi terbabit dimenangi BN ataupun sebaliknya.Seorang wakil rakyat berkata, pembayaran sudah mula dikeluarkan sejak sebelum sambutan Aidilfitri dan akan terus dibayar secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

Mengambil kira perkembangan itu, The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum ke-13 dijangka akan berlangsung akhir suku pertama ataupun awal suku kedua tahun depan.“Peruntukan ini membolehkan wakil rakyat mengadakan aktiviti mengikut keperluan kawasan dan pengundi masing-masing,” kata wakil rakyat itu sambil menambah, “malah ia memudahkan kami menjalankan aktiviti dengan cepat dan segera, yang menggembirakan pengundi.”

“Itu kelebihan. Pengundi dapat melihat permintaan mereka ditunaikan dengan segera. Mereka dapat respons positif,” kata sumber itu.The Malaysian Insider difahamkan, jika seorang ahli Parlimen diperuntukkan RM2 juta, mereka sudah pun menerima peringkat pertama peruntukan sebanyak RM400,000 sebelum Aidilfitri. Difahamkan, mereka yang diperuntukan RM1 juta telah disalurkan RM250,000.“Kawasan yang BN kalah pada pilihan raya umum lalu hanya disalurkan RM500,000. Kepimpinan BN telah mengadakan satu taklimat khas mengenai peruntukan ini pertengahan bulan lalu,” kata seorang lagi wakil rakyat.

Katanya, pada taklimat itu tujuan dan kaedah penyaluran dana telah diperjelaskan kepada ahli-ahli Parlimen BN.“Bagaimanapun jika kawasan BN yang pengundinya melebihi 60,000 orang, misalnya, wakil rakyat akan dibayar lebih RM2 juta. Ini yang dijanjikan, mungkin RM2.5 juta dan sebagainya,” kata pemimpin itu lagi.Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN Datuk Bung Mohtar Radin menafikan adanya peruntukan sedemikian.

“Tidak ada, tidak. Kami tidak menerima apa-apa peruntukan seperti ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan ketika dihubungi The Malaysian Insider.Dalam laporannya malam tadi, Sin Chew Daily menyebut BN mengklasifikasikan sesuatu bahagian seperti “hitam”, “kelabu” dan “putih” - di mana BN dan Pakatan Rakyat menguasai kerusi atau BN menang dengan majoriti kecil - akan menerima antara RM1 juta dan RM2 juta.

Peruntukan akan diagihkan mengikut kawasan “putih” di mana BN memegang kedua-dua kerusi persekutuan dan negeri.Akhbar itu juga melaporkan bahawa wakil-wakil BN di Selangor menerima peruntukan bulan lalu.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Adun Janauri lalu tetapi tidak kepada wakil rakyat BN.The Malaysian Insider membawa laporan Julai lalu bahawa Putrajaya telah meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di PWTC.Laporan itu menyebut dana itu dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir Ogos.Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan ‘kubu’ pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar.Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing.

UMNO JALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN KOMUNIS TAKPE..

Assalamualaikum .. salam muslimat

AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad mendedahkan bahawa Umnolah satu-satunya parti di Malaysia yang mengadakan perjanjian persefahaman dengan parti Komunis Cina. Kerajaan pimpinan Umno jugalah yang memberikan perlindungan kepada bekas-bekas pimpinan Parti Komunis Malaya di Selatan Thailand.

Tiba-tiba Umno menuduh PAS pula menyokong Komunis? Pelik ......

Ikuti laporan Harakahdaily di bawah :

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011.
Malahan, katanya ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis China.
“Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kamunting.
“Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Komunis, jelas beliau ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat.
“Kenapa Umno hipokrit?” soalnya lagi. 
Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur sedangkan mereka menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang Julai 2009.
“Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu.
“Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun,” katanya.
Beliau berkata, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis.
Katanya, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS menyokong komunis.
Tambahnya, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China.
Pemimpin Umno juga, ujarnya pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.
Namun, katanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.
Jsuteru, kata beliau ucapan Mohamad Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor dan kenaikan harga barang keperluan harian.