Isnin, 3 November 2014

PAS kirim doa kejayaan buat calon SPM

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mendoakan semua calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini dipermudahkan segala urusan mereka. Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusoff berharap, para pelajar terbabit diberi kesihatan, ketenangan dan dijauhkan perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan. "Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan betul," tulis beliau dalam satu doa di Facebook. Dalam pada itu beliau turut mendoakan agar semua mereka diberi keputusan yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

 Kajayaan itu katanya, diharap menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Allah yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepadaNya. Ianya sekaligus menjadikan para pelajar terbabit cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. "Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. "Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat-sahabat ku ya Allah," katanya. Sementara itu, seramai 455,839 calon akan menduduki peperiksaan SPM di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara dari 3 November hingga 4 Disember ini.

Tiada ulasan: