Ahad, 12 Oktober 2014

KENAIKAN HARGA MINYAK BEBANKAN RAKYAT

Pengerusi Lajnah Pengguna Dewan Muslimat PAS Pusat, Pn. Normala Sudirman melahirkan rasa kesal dan dukacita atas ketidakprihatinan kerajaan yang menaikkan harga minyak RON 95 yang meningkat sebanyak RM 2.30 dan Diesel meningkat menjadi RM.2.20 . Kenaikan harga sebanyak 20 sen secara mendadak ini amat dikesali di saat pengguna muslim bakal menyambut Aidil Adha pada 5 Oktober 2014.Begitu juga Perayaan Deepavali bakal disambut pada 22 Oktober 2014.

 "Di saat ummat Islam teruja menyambut Aidil Adha bersama keluarga tersayang ,alangkah terkejutnya apabila harga minyak mendadak beberapa hari sebelum Aidil Adha dan pengguna menerima kesan akibat kenaikan harga barang bermula 2 Oktober 2014.Alasan peniaga adalah seperti yang dijangka, harga minyak sudah naik dengan secara tidak langsung maka harga barang lain juga meningkat. " Saya teringat luahan hati seorang ibu tunggal yang malam raya terpaksa menaiki motosikal meredah kepekatan malam kerana kehabisan gas untuk memasak .


Banyak juga kedai yang kehabisan stok tong gas dan akhirnya setelah singgah di beberapa buah kedai ,barulah tong gas dapat dibeli.Saya juga menerima keluhan bagaimana anak- anak yang ingin pulang ke kampung menjenguk dan menziarahi ibu bapa tetapi dibebankan dengan kenaikan harga minyak ,3 hari sebelum Hari Raya Qurban.Rupanya menjelang Aidil Adha yang juga disebut hari Raya Qurban ,maka rakyat 'terkorban ' dan 'menjadi korban ' kesan kenaikan harga RON 95 dan Diesel bermula 2 Oktober 2014. Ini adalah antara rintihan dan rayuan serta keluhan rakyat yang mewakili pengguna di luar sana.Nasib ibu tunggal, anak yatim ,warga emas serta anak – anak kecil serta yang bersekolah pasti akan terjejas akibat kenaikan harga minyak yang seterusnya akan menyebabkan kenaikan harga barang lain. 

 Harga tambang bas sekolah juga berdepan dengan risiko kenaikan harga yuran tambang bas yang pasti membebankan ibu bapa dan pelajar sekolah .Ini sudah tentu menyebabkan ibu bapa terbeban dan tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. "April 2015 tahun depan ,cukai GST bermula.Harga getah dan sawit pun kini telah merosot.Pengguna mengalami beban berantai akibat kenaikan harga barang dan pelbagai kos yang menghimpit kehidupan.:Cuba bayangkan, daripada bayi lahir hinggalah untuk membeli pampers warga emas, semuanya berdepan dengan kenaikan harga barang bermula 2 Oktober 2014.Kita sungguh kesal dengan sikap kurangnya sensitifiviti terhadap derita rakyat .",kata Cikgu Mala lagi.

 Justeru ,Lajnah Pengguna Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru agar rakyat Malaysia menjadi pengguna yang bijak dan bermaklumat agar segala tindakan kerajaan yang melibatkan kehidupan dan kesejahteraan keluarga diberi perhatian oleh mereka selaku pengguna.Kita tidak mahu mereka 'dibuli'akibat komonnya rasa terima kasih terhadap pemberian BRIM oleh kerajaan yang merupakan 'umpan' UMNO Barisan Nasional untuk mengabui mata rakyat yang susah . Terjemahkan rasa marah dan tidak puas hati menerusi saluran 'peti undi' kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 14 nanti .Jangan takut membuat perubahan .Jangan hanya beruang PANDA dimanja dan tinggal di tempat berhawa dingin ,tetapi pengguna kian derita akibat kenaikan harga barang yang melambung tinggi jika kerajaan gagal mengawal sikap peniaga. Berani kerana benar .."Kuasa Rakyat ,Kuasa Keramat". 

 Salam hormat daripada: Pn. Normala Bt. Sudirman (Cikgu Mala)
 1.Pengerusi Lajnah Pengguna Dewan Muslimat PAS Malaysia .
 2.Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat.

Tiada ulasan: