Sabtu, 18 Oktober 2014

Kempen 1 Ahli 1 Harakah

Pihak Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) sedang melancarkan kempen '1Ahli, 1Harakah' dengan membuat langganan terus akhbar Harakah secara bulanan/tahunan. Lajnah Penerangan DMPM menyatakan ia bertujuan bagi membantu penyebaran maklumat penting dan benar kepada masyarakat umum. Bagi memudahkan semua melanggan, pihak Harakah telah membuat sistem langganan secara online dan memberi diskaun hebat kepada para pelanggan Harakah sekiranya membuat langganan. "Anda boleh juga melanggan untuk alamat ahli keluarga, jiran tetangga, syarikat, kedai kopi, restoran dan sebagainya," menurut kenyataan itu menerusi facebook Dewan Muslimat PAS Malaysia. Gambar di bawah adalah ringkasan cara untuk melanggan di websitemyharakahbazaar.com.

Tiada ulasan: