Rabu, 13 Ogos 2014

Tabarakallah Felixia Yap, Neelofa dan Fara Fauzana

Assalamualaikum .. salam muslimat 

 Ruh dan fitrah Ramadhan kali ini cukup memberi kesan kepada ramai selebriti di Malaysia untuk kembali kepada fitrah insan bertuhankan Allah s.w.t. Mahasuci Allah yang memberi hidayah pada siapa yang Dia kehendaki sebagaimana firmanNya dalam surah Az- Zumar ayat 23. Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan syukur dan tahniah kepada saudari seislam kami, Felixia Yap (bekas model) dengan izin Allah s.w.t mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi pada 5 Ramadhan 1435H bersamaan 3 Julai 2014 setelah 7 bulan mengenakan hijab dan mendalami islam. Dalam satu kenyataan melalui blognya, Felixia Yap menulis... "Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang sederhana. Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu." 


 Dewan Muslimat PAS Malaysia juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pengacara Fara Fauzana dan Neelofa, dua orang pengacara Nona TV3 yang turut mengenakan hijab baru-baru ini. Alhamdulillah syukur. Inilah kecantikan dan ketenangan islam dan apa yang pasti benarlah firman Allah s.w.t "Dia lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka(yang telah ada). Dan milik Allahlah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana". (Al Fath:4) 

 Bersama-sama kita menjadikan Ramadhan sebagai platform mendidik diri untuk kembali kepada fitrah dan hari keluar daripada fitnah (ujian dunia dan manusia) untuk terus terikat dengan syariat. Mudahan keluarnya kita dari Madrasah Ramadhan ini dengan penuh rahmat, keampunan dan bebas dari api neraka.

 Mastura Mohd 
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tiada ulasan: