Khamis, 21 November 2013

MUSLIMAT SEMAKIN MATANG BERSUARA

Assalamualaikum .. salam muslimat
Perwakilan mengikuti perbahasan usul

Buat pertama kalinya tiga cadangan yang berbeza telah dilontarkan oleh para perwakilan Muslimat PAS dalam agenda memilih 20 orang perwakilan ke Muktamar Agong PAS kali ke-59 yang bermula esok. Keadaan 'hangat' itu dilihat kerana kematangan dan sikap Muslimat Negeri yang mahu suara didengari di Muktamar PAS Pusat. Sehingga membuatkan para perwakilan menyuarakan beberapa cadangan bagi pemilihan perwakilan tersebut. 

Perwakilan Melaka 
 Dewan itu akhirnya sebulat suara memilih cadangan ketiga dengan majoriti 297 undian iaitu menyerahkan pimpinan dewan yang bakal dilantik untuk menentukan siapa yang bakal dipilih ke muktamar PAS Pusat nanti. Kira-kira 800 perwakilan dari seluruh negara mula memenuhi Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah seawal jam 7.30 pagi lagi untuk mengikuti muktamar kali ini. Anuar Tahir dan Zulkifli Omar antara pemerhati jawatankuasa pimpinan PAS Pusat yang hadir hari ini.

Tiada ulasan: