Kuala Lumpur: Demi maruah dan kehormatan
diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan
rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk
menyelamatkan diri daripada dirogol.Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah.Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar
dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan
berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta. Dia yang
berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut.
Seorang saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Arif berkata, sebelum itu dia mendengar suara jeritan wanita meminta tolong./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan