Rabu, 14 November 2012

Elakkan Pergeseran Sesama Saudara

Assalamualaikum .. salam muslimat

PARA perwakilan dan ahli PAS digesa untuk tidak mencetuskan ruang yang boleh mengundang masalah dan menjejaskan sokongan rakyat kepada parti dalam muktamar nanti, tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. "Jangan timbulkan masalah yang boleh merugikan parti atau pergeseran antara satu sama lain serta rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat," katanya. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga menyifatkan, pilihan raya umum kelak sebagai paling "genting" buat PAS khasnya serta Pakatan Rakyat umumnya selepas provokasi demi provokasi kaum dan agama yang dicanang Umno dan paling ketara MCA mutakhir ini. 

 "Kita kini dalam fasa kritikal untuk berdepan PRU13. Ada harapan untuk kita menang sebenarnya bukan sekadar di negeri-negeri bahkan tidak mustahil menerjah ke peringkat pusat," tambahnya. Bagaimanapun, Khalid mengingatkan, PAS tidak perlu melatah dengan beberapa isu yang sengaja digembar-gemburkan oleh media Umno-BN.

Tiada ulasan: