Ahad, 26 Ogos 2012

Majlis Jamuan Hari Raya PAS Melaka

Assalamualaikum .. salam muslimat 

Majlis Hari Raya PAS Negeri Melaka disambut meriah malam tadi di mana kira-kira 5,000 rakyat hadir menjamu selera dan beramah mesra dengan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Melaka. Program yang berlangsung di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kota Melaka di Pekan Telok Mas bermula pada jam 7.00 malam hingga 10.00 malam. Orang ramai berpusu-pusu menjamu selera dengan pelbagai juadah hari raya sambil berbual mesra dan para pimpinan Lebih menarik lagi, masyarakat kaumn Tionghua lebih awal datang iaitu sebaik sahaja program itu bermula kira-kira jam 7.00 malam. 

Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam ucapan alu-aluannya melahirkan rasa syukur dan berterimakasih kepada rakyat pelbagai kaum yang berani mengunjungi jamuan Hari Raya PAS Negeri walaupun pelbagai momokan ditujukan kepada PAS oleh media arus perdana. "PAS Negeri mengucapkan selamat hari raya kepada semua lapisan rakyat dan mengharapkan hubungan yang baik ini dapat ditafsirkan melalui sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti".


 "Rakyat hari ini sebenarnya jauh lebih cerdik dan terbuka dari masa dahulu namun situasi ini gagal dibaca oleh BN yang terus menerus cuba memecah belahkan rakyat berbilang kaum di negara kita: ujar Adly. Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah; Pengerusi DAP Melaka, YB Goh Leong San; Pimpinan PKR Negeri dan seluruh kepimpinan PAS Negeri dan Kawasan.~Mutaligat

Tiada ulasan: