KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
BERHUBUNG ACARA AMBANG MERDEKA
”JANJI DEMOKRASI’
30 Ogos 2012, 10 Malam

JANJI DEMOKRASI yang akan diadakan di Dataran Merdeka menjelang ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke-55 adalah perjuangan seluruh rakyat Malaysia. Ia wajar dilihat sebagai sebuah acara yang menjulang keamanan, perpaduan, kasih sayang yang menebal dengan semangat kekitaan rakyat daripada pelbagai kaum, latar belakang, agama dan kepercayaan politik.
Jika anda adalah seorang rakyat prihatin terhadap masa depaan Negara ini, JOM bersama kami untuk sekali lagi mengulangi harapan rakyat kebanyakan yang meminta untuk diberikan hak pilihan raya yang bersih dan adil. Permintaan ini sangat mudah. Ia bukan suatu yang mencabar hati budi sesiapa jua hatta termasuk Pemerintah. Ia adalah Impian Rakyat! Bahkan pada hemat kami, JANJI DEMOKRASI ini pada malam ambang merdeka itu adalah satu rayuan rakyat, rintihan kita semua dengan satu keyakinan bahawa akan sampai masanya rayuan dan rintihan ini perlu DIKOTAKAN khususnya oleh sebuah pentadbiran yang mengamalkan “Rakyat Didahulukan…dan Janji Ditepati.”
Hormat Daripada
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan