Ahad, 15 Januari 2012

KERAJAAN BN MELAKA SALAH GUNA BANGUNAN SAR

Dalam keghairahan Barisan Nasional menghadapi piliharaya umum ke-13, BN kelihatan terdesak sehingga sanggup menggantung bendera BN pada bangunan sekolah agama kerajaan negeri Melaka.


 

Tindakan terdesak itu dilakukan di Sekolah Rendah Ar-Rahman, Bukit Pulau, Dun Bukit Baru.


 

Kelihatan bendera-bendera Barisan Nasional digantung sepanjang bangunan sekolah.



 


 

Dihadapan pagar sekolah tergantung banner Kursus Jatidiri Jentera Pilihanraya BN Peti Undi Bukit Pulau.


 

Tidak diketahui sebab mengapa pada banner yang tertulis "Tempat: Balairaya Bukit Pulau", digantung diatas pagar Sekolah Rendah Agama Ar-Rahman.


 

Apakah mereka ingin mengadakan kursus tersebut di Sekolah agama tersebut? Tidakkan sekolah merupakan harta awam, tidakkah balai raya juga merupakah harta awam?

Bendera BN jelas kelihatan di bilik-bilik darjah

Apakah tindakan menulis "Balai Raya Bukit Pulau ini hanya untuk mengaburi mata orang awam?


 

Pada banner tersebut tertera nama Datuk Seri Haji. Mohd Ali bin Mohd Rustam selaku perasmian penutup.


 

Untuk maklumat Mohd Ali bin Mohd Rustam merupakan Adun Bukit Baru, dan bukit Pulau merupakan peti undi untuk dun Bukit Baru.


 

Walaupun rakyat sudah pandai membezakan mana satu harta awam dan mana satu harta parti, tetapi apakah Barisan Nasional masih tidak pandai-pandai untuk membezakan mana satu harta yang dibina dengan wang rakyat dan mana satu harta Barisan Nasional?

Tiada ulasan: