Selasa, 27 Disember 2011

Melayu UMNO atau Melayu PAS Jadi Pilihan ?

Dewan Muslimat PAS Pusat menyokong penuh saranan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa orang Melayu harus mula berfikir Melayu manakah yang akan di nobatkan menjadi pemimpin.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, sudah tiba masanya rakyat melihat masa depan mereka dalam penentuan pada PRU13 nanti demi menjaga kepentingan orang Melayu."Melayu yang macam mana yang hendak kita naik kan menjadi seorang pemimpin. Orang Melayu Umno atau Melayu PAS? PAS juga Melayu," kata Zailah sewaktu mengulas surat terbuka Tuan Guru Abdul Hadi kepada orang Melayu yang disiarkan Harakah keluaran lalu.

Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menyeru orang Melayu yang masih lagi mengagung-agungkan pemimpin Umno agar memilih pemimpin yang betul-betul boleh diharap demi masa depan mereka.
"Kalau kita naikkan Melayu Umno-BN, mereka inilah yang mengkorupkan negara."Hari ini merekalah merosakkan ekonomi Melayu. Melayu Umno BN macam macam boleh buat rasuah, penyelewengan," katanya.

Tiada ulasan: