Jumaat, 2 Disember 2011

PERWAKILAN MERAPU

Assalamualaikum .. salam muslimat

Perwakilan UMNO menyambung perbahasan hari ini dengan membidas pembangkang yang disifatkan mereka sentiasa mencari jalan memperlekehkan usaha kerajaan Barisan Nasional serta memfitnah pemimpin UMNO.

Wakil Melaka, Datuk Hasnoor Sidang Husin berkata, pembangkang menipu rakyat kononnya mereka mewakili suara masyarakat, sedangkan segala yang dibangkit adalah luahan kelompok mereka sendiri.

"Mereka mendesak pemansuhan Akta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) beralaskan slogan demokrasi dan kebebasan bersuara, namun bila kerajaan umumkan bakal memansuhkan akta ini, tak ada pun kenyataan menyokong dan berterima kasih kepada Perdana Menteri,” kata Ketua Penerangan UMNO Bukit Katil itu ketika membahas usul ucapan dasar presiden, di sini.

Katanya, pembangkang akan terus menabur fitnah untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap UMNO dan pemimpinnya

Ulasan :

Kalau dah buruk tu buruk jugaklah takkan yang buruk boleh bertukar pada yang cantik. Rakyat Melaka tahu menilai yang mana baik yang mana buruk , yang mana membela rakyat yang mana menyiksa rakyat. Sudahlah UMNO .. cukup sampai PRU 13 saja yer

Tiada ulasan: