Jumaat, 3 Jun 2011

MUSLIMAT DESAK HENTI PEMBINAAN LOGI NUKLEAR

Perwakilan Dewan Muslimat PAS Melaka membawa usul keselamatanberkenaan perancangan Kerajaan Malaysia dalam membina loji tenaga nuklear sebagai sumber alternatif negara tahun 2021.“Ini adalah satu perkara yang membimbangkan berdasarkan rekod-rekod kemalangan buruk yang melibatka loji janakuasa nuklear,“Teknologi nuklear yang kian mendapat perhatian ramai kerana berlakunya pelbagai insiden kemalangan seperti di Chernobyl dan yang terkini di Jepun,” jelasnya.

Usul ini disokong sepenuhnya oleh perwakilan lain, antaranya perwakilan dari Tanjung Aru yang turut menyarankan agar digunakan sepenuhnya sumber tenaga lain seperti cahaya matahari sebagai tenaga alternatif.YB Hajah Wan Ubaidah dalam pada itu turut menyeru muslimat terutama yang tinggal di Kuantan agar terus menyatakan bantahan terhadap cadangan kerajaan yang mahu membina loji nuklear di Gebeng, tidak jauh dari Kuantan.

“DMP Melaka menginsafi potensi kemalangan atau bencana boleh menyebabkan kebocoran loji nuklear yang menyebabkan radiasi yang membahayakan kesihatan dan keselamatan masyarakat yang tinggal sekitar loji,” tambah wakilnya, Dr. Khatijah Jumangat.Manakala perwakilan dari Subang turut menyarankan agar PAS mendesak kerajaan supaya meningkatkan geran penyelidikan di universiti terutama dalam bidang tenaga keterbaharuan.Ini bagi memastikan penyelidikan dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh dan dalam tempoh yang lebih panjang.

Tiada ulasan: