Jumaat, 3 Jun 2011

DHPP CADANG MUSLIMAT TURUN LUAR BANDAR

Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Cik Kumutha Dewi A/P menyarankan muslimat terus menggiatkan usaha bagi mendekati masyarakat.“Muslimat diminta turun padang setiap minggu dalam usaha menyampaikan maklumat, contohnya Perlembagaan PAS yang perlu diterangkan kepada rakyat terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman seperti felda dan felcra.”

Tambahnya, masyarakat juga masih kurang pengetahuan tentang sistem pemerintahan negara ini yang berasaskan demokrasi berparlimen serta hak-hak mereka sebagai rakyat dalam menyuarakan pendapat dan hasrat mereka."PAS kena memberikan penerangan mengenai perkara ini," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke-51 di Dewan Banquet, Bangunan SUK, dekat sini hari ini.Beliau turut memuji perjalanan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ini yang disifatkan lebih baik dan lancar berbanding tahun sebelum ini.

Tiada ulasan: