Khamis, 26 Mei 2011

UMNO GUSAR BILA PAS KUAT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan istilah golongan ulama dan profesional yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya sengaja dihidupkan oleh Umno-BN.

Menurut beliau, hakikatnya tidak wujud dua kumpulan iaitu ulama dan profesional, yang didakwa bersaing untuk menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.“Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

“Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN,” kata Nik Aziz menerusi laman Facebook, semalam.Kata Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.Justeru, menurutnya, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

“Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.“Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.“Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

Tiada ulasan: