Khamis, 7 Januari 2010

BOLEH PERCAYA KER...

IKHLASKAH UMNO


Ditulis oleh SOFI WAHAB

Rabu, 06 Januari 2010 14:47

Tahniah di atas kesungguhan Umno dan kuncu-kuncu mempertahankan nama Islam dari digunakan oleh Majalah Herald Catholic Weekly. Umno memang hebat dan kelihatan sanggup mati mempertahankan nama Allah.



Ke sana ke mari pimpinan Umno dan pengikutnya melaung-laungkan kalimah hidup Islam, Allahu Akhbar dan selamatkan Islam. Tahniah.



Jelas Umno seolah-olah sudah insaf dan mahu kembali kepada Islam sepenuhnya. Pada masa yang sama Umno menempelak PAS kerana dikatakan berdiam diri dan tidak membela nama Allah.

Namun begitu masih ingatkan kita :-



1. Siapa yang berusaha untuk membuang nama Islam dari institusi tertentu tidak berapa lama dahulu.?



2. Siapa yang berusaha menggagalkan pelaksanaan hukum hudud dan qisas di Kelantan dan Terengganu walaupun ianya telah diluluskan oleh DUN kedua-dua negeri tersebut?



3. Siapa yang menghalalkan judi dan arak dengan memberikan lesen untuk syarikat-syarikat tersebut beroperasi secara berleluasa dan semakin banyak bilangannya di Malaysia?



4. Siapa yang menjuarai rasuah, penyelewengan, penipuan dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri?



5. Siapa yang membiarkan program maksiat, pergaulan bebas, pelacuran, konsert liar dan sebagainya terus merebak dan membarah?



6. Siapa yang membiarkan sistem ekonomi riba, undang-undang bukan Islam terus diamalkan di Malaysia.?



7. Siapa yang membiarkan gejala murtad malah mempersenda-sendakan angka murtad yang dinyatakan oleh mufti Perak?



8. Siapa yang memecat Mufti dan memperlekeh-lekehkan Ulama'



9. Siapa yang menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sehingga perkembangan ilmu Islam terbantut?



10.SIAPA? SIAPA? SIAPA?



Jadi apakah Umno dan kuncu-kuncunya benar-benar ikhlas memperjuangkan nama Allah sedangkan pada masa yang sama meminggirkan Islam dari undang-undang negara, membiarkan rasuah, maksiat dan riba berleluasa?

Tiada ulasan: