Jumaat, 25 Disember 2009

Usrah Bulanan

                  25.HB.12.2009 seperti yang di programkan kami telah berkumpul bersama di rumah Puan Maizurah di Tedong.Program ini telah lama terhenti lantaran pelbagai sebab2 yang kesemuanya sebenarnya adalah kerana tiada IZIN dariNYA jua..
                   Ia dipengerusikan  oleh Puan Rohana selaku Ketua Muslimat Tedong,Qariah  dan Tafsir pada kali ini pula adalah Puan Salasiah Bt Mokhtar manakala terjemahan Ayatnya pula di bacakan oleh Puan Siti Khadijah Bt Shaari dan seterusnya digulung oleh Puan Hajah Shopiah Bt Ahmad selaku Ketua DMPKJ.Puan Rahila pula bertugas sebagai mengupas isu semasa yang berlaku semenjak dua menjak ini.
                   Antara apa yang dapat disimpulkan sebagai pedoman dari ayat Hujurat 1-5 tersebut dapatlah kita ambil iktibar selaku muslimah agar sama2 dapat memahami apa yang dikehendaki oleh firman Allah.Ayat ini mengajar kita agar beradap dengan mereka yang tinggi statusnya daripada kita seperti pertama Adab dengan Allah.Kita perlu benar2 maklum sebagai Hamba kita tak banyak pilihan kerana kita hanyalah hamba,sebagai hamba kita hanya perlu mengikut arahan sang Pencipta kita dengan mengikut apa saja arahanNYA dan meninggalkan laranganNYA.
                      Kedua adab terhadap Nabi S.A.W,ikuti AlQuraan dan sunnah yang telah ditinggalkan kepada kita sebagai warisan berkekalan,bukan mempersendakannya seperti apa yang berlaku hari ini.
Ketiga adab terhadap pemimpin yang memimpin kita dengan menjunjung kalimah Allah dan sunnatulRasullah,bukan menghina mereka dengan tuduhan2 yang tidak sepatutnya..sedangkan beza amalan kita dengan mereka jauh panggang dari api.
Keempat adab terhadap guru kita yang bayak mencurah tenaga mengajar dari satu huruf yang tidak pernah kita kenal sehingga ke hari ini..kita telah tahu semua benda yang kekadang lebih kita pulak daripada guru.
                     Seterusnya adab terhadap ibubapa,yang perlu kita tanamkan pada anak2 kita agar menjaga batas2 percakapan maupun perbuatan kerana di zaman kini bukan mudah hendak mencari anak2 yang taat.
Adab keenam adalah adab terhadap suami yang kekadang kita ambil mudah ..sedang itu adalah kunci kita ke arah JANNAH.
                   Justeru itu..jom kita amal balik apa yang tertinggal atau terlupa..

   

Tiada ulasan: