Rabu, 30 Disember 2009

PROGRAM 90 MINIT BERSAMA WARGA EMAS

   Selepas Asar petang semalam 29/12/09 warga DMPKJ bersama Ketua Cawangan Tedong telah meneruskan aktiviti tersebut di Kampung Tedong dan sasarannya adalah seorang warga emas.
Puan Ramah berusia 90 tahun ,mempunyai 11 orang anak yang kini masing2 telah berumahtangga dan tinggal bersama keluarga masing2 kecuali salah seorang anaknya yang tinggal bersama dengannya yang bertindak menjaganya kiranya sakit.

    Puan Ramah seorang yang mesra dan pembersih orangnya.Hasrat kami untuk mengemaskan rumah atau apa jua tugas yang ada,tidak menjadi kenyataan.Kami hanya dapat memasukkan nama beliau dalam skim takaful penyayang dan borang kaji selidik untuk diisi oleh anaknya yang turut menemani kami sepanjang sessi temubual tersebut.

  Program tersebut berakhir setelah jam didinding menunjukkan angka 7.00 malam,Kami pulang setelah sedikit sumbangan berupa barang2 dapur diserahkan padanya dan sessi bergambar pun selesai.Malangnya gambar tersebut tak dapat disertakan di sini.

   Program ini akan kami teruskan berselang seli dengan program usrah yang akan bergerak ke cawangan2 yang dulunya tidur tetapi akan dibangunkan dengan program2 yang akan diatur satu persatu.Kiranya terdapat muslimat yang ingin menyumbangkan idea atau apa sajer pandangan maupun sumbangan berbentuk kewangan silalah menghubungi- Puan Shopiah Bt Ahmad -065246189 @ Setiausahanya Puan Siti Khadijah Bt Shaari - 0196653001  

Tiada ulasan: