Rabu, 23 Disember 2009

Muslimat Jasin bentuk 'Muslimah Cemerlang'




JASIN: Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin (DMPKJ) telah mengadakan Kem Bestari Remaja Mithali 2009 yang melibatkan penyertaan kira-kira 100 remaja bagi membentuk jatidiri 'Muslimah cemerlang' bertempat di Balai Islam Az-Zawiyah, Umbai, di sini, baru-baru ini.

Perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) dan merangkap Ketua DMPKJ, Shopiah Ahmad yang antara lain dalam ucapannya mengucapkan tahniah di atas kejayaan DMPKJ menganjurkan program yang membentuk jatidiri remaja sebagai 'Muslimah Cemerlang'.

"Penyertaan adalah terbuka kepada semua remaja sekolah rendah atau menengah di mana pada kali ini ada peningkatan dari segi penyertaan di luar dugaan dan kami berpuas hati.

"Program ini juga bertujuan mendekatkan remaja dengan Nisa' dan menanamkan sifat tanggungjawab remaja supaya dapat memberikan sumbangan yang terbaik kepada Islam," kata beliau.

Kem yang berlangsung selam 3 hari 2 malam itu diselia oleh fasilitator daripada Dewan Muslimat dan antara pengisiannya ialah solat berjemaah, kapsul jiwa, ice breaking, qiammulail, pembentangan kertas kerja, bengkel, riadah, persembahan dan resolusi.

Tiada ulasan: