Mendengar
khutbah dan kuliyah,
Mendorong
manusia untuk berubah,
Tarbiyah
menjadi asbab hidayah,
Dengan
hidayah manusia berislah.
Masih ada
sebilangan kecil daripada masyarakat kita yang kurang memahami beberapa istilah
dan konsep dalam perkaderan Islam. Sedangkan antara wasilah tarbiyah Islamiah
seperti tazkirah, kuliyah dan seumpamanya sebenarnya sebahagian daripada mereka
telah, sedang akan terus lalui dalam kehidupan seharian. Insya Allah...
CERAH-CERAHKAN
:
Wasilah
Tarbiyah Islamiyah dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu :
1) WASILAH
UMUM.
Ia bermaksud
yang diterima pakai oleh seluruh umat Islam. Ia adalah seperti berikut :
1. Ceramah,
Tazkirah / Kuliyah.
Kalimah yang
lahir daripada hati yang ikhlas mampu menembusi hati dan melekat di dalamnya.
Justeru memberi peringatan secara lisan dianggap senjata paling ampuh untuk dakwah
Islamiyah.
2. Qudwah
Hasanah.
Ia bermaksud
mengikuti orang lain di dalam amalannya yang baik. Para anbiya’ diberi kekuatan
qudwah ini sehingga memudahkan para pengikutnya mengikuti petunjuknya dengan
mudah dan jelas.
3.
Pengkisahan Sejarah Manusia.
Ia mudah
menjadi iktibar kepada manusia yang berfikir, menetapkan hati dan meringan
beban yang tertanggung. Al-Quran menggunakan pengkisahan umat terdahulu dengan
para nabi mereka sebagai wasilah yang berkesan untuk mengajak manusia kepada
hidayah Allah SWT.
4. Berhias
Dengan Akhlak Yang Baik.
Akhlak yang
baik seperti sifat benar, amanah, setia, tawadhu’, sabar, pemurah dan
sebagainya cukup untuk menjadi wasilah yang terbaik kepada tarbiyah Islamiyah
ini.
5. Membersih
Diri Daripada Akhlak Yang Buruk. Menjauhi akhlak yang buruk seperti keluh
kesah, bakhil, sombong, khianat, dengki dan sebagainya akan menjadi senjata dan
jalan yang mudah ke arah kejayaan sesebuah tarbiyah.
6. Ganjaran
Dan Pembalasan (pahala dan dosa). Ia satu wasilah yang memotivasikan manusia
untuk mengejar kemaslahatan diri dan menjauhi kemudharatan. Al-Quran penuh
dengan wasilah Targhib dan Tarhib ini.
7. Ibadah
Dan Taat Kepada Allah.
Ia berlaku
dengan mendorong kecintaan untuk beribadah dan melakukan ketaatan kepada Allah
dengan bukan hanya melaksanakan kefardhuan, bahkan menambahnya dengan ibadah
nawafil.
8. Menyemai
Kekuatan Dalaman Manusia. Islam memberi ruang agar kekuatan dalaman manusia
diberi tempat dan ruang untuk tumbuh subur dengan kebaikan dan keadilan. Rasa
cinta, nafsu, benci, ingin tahu dan sebagainya disemai dan dipandu untuk
cintakan Allah, Rasul, ilmu dan kebaikan.
9.
Menyelesaikan, Mengurai Isu Dan peristiwa. Ia bertujuan menyemarakkan
pemikiran, melatih akal dan mengambil pengajaran dan kekuatan. Ia juga menolong
untuk mengosongkan diri daripada keburukan akhlak.
10.
Memenuhkan Masa Dengan Tugasan.
Masa adalah
kehidupan. Tanpa pengisian dengan amal-amal yang soleh, masa akan terisi dengan
amal-amal yang toleh dan merosakkan.
2) WASILAH
KHUSUS.
Ia menjadi
pelancar kepada kebanyakan gerakan Islam di dalam mentarbiyah ahli-ahlinya
dengan Tarbiyah Islamiyah. Antaranya seperti berikut:
1. Usrah.
Satu unit
halaqah kecil yang diketuai seorang naqib atau naqibah yang bertanggung jawab
ke atasnya dalam mentarbiyah sesama ahli dengan saling mengenali, memahami,
berlapang dada / bertolak ansur dan bekerjasama.
2. Katibah.
Program satu
malam di jalan Allah. Di situ para ahli akan bersama-sama melakukan solat
fardhu berjamaah, membaca Al-Quran, Zikrullah dan Qiamullail selain
pembelajaran selepas Isya’, Hirasah, Al-Ma’thurat serta riadhah fizikal di
sebelah paginya.
3. Rehlah
Jamaah.
Program
perkelahan ke tempat-tempat tertentu dengan pengisian rohani dan jasmani ke
arah memupuk persaudaraan dan kerjasama di antara sesama ahli.
4. Daurah.
Program
tamrin untuk beberapa hari ke arah memberi kefahaman mendalam kepada ahli
terhadap tajuk-tajuk amal Islami yang penting. Ia juga merupakan latihan
kefahaman untuk meningkatkan tahap keahlian anggota jamaah.
5. Nadwah
Kepemimpinan.
Program yang
berbentuk kursus atau seminar sehari atau lebih yang dihadiri kumpulan pemimpin
tertentu ke arah memahami isu-isu semasa jamaah, masyarakat dan pendedahan
kepemimpinan semasa.
6.
Mukhayyam.
Program di
luar untuk beberapa hari dengan pengisian ceramah, perbincangan, majlis
kesenian Islam selain program ibadah dan ukhuwwah Islamiah.
7. Muktamar.
Perhimpunan
besar tahunan untuk merumus keputusan jamaah dan mendengar arahan dan amanat
kepimpinan Islam dari para ulama'.
SIMPUL-SIMPULKAN
:
Wasilah
tarbiyah khusus dan umum di atas sebenarnya saling lengkap-melengkapi dan
mestilah dilalui oleh setiap ahli gerakan Islam agar menyempurnakan pembinaan
sahsiah yang merangkumi tuntutan ruhiyah, aqliyah, badaniyah, jamaiyah,
ijtimaiyah dan seumpamanya.
Wallahu
a'lam - Tanpa wasilah tiada tarbiyah, tanpa tarbiyah kita akan rebah. Ukay's.
Ustaz Kay
bersama SAFC Training & Consultant biasa menganjurkan Wasilah Khusus ini
seperti Usrah, Rehlah, Daurah, Mukhayyam, Mukhayyam Mua'askar, Nadwah
Kepemimpinan, Seminar dan sebagainya. Kami berpengalaman lebih 10 tahun dalam
mengendalikannya sama ada untuk sekolah-sekolah, kolej, universiti dan
pejabat-pejabat kerajaan ataupun swasta. Berminat untuk bekerjasama dengan
kami, sila hubungi En. Noralfathu 0194814845) / Ust. Kay 0192319872
kahasi@yahoo.com
1 ulasan:
شركة مكافحة حشرات بالطائف قادره على القيام باعمال المكافحة والقضاء على اى نوع من الحشرات بالاعتماد على احدث الالات والماكينات التى تقوم بالوصول الى اصعب الاماكن التى من الممكن ان يتواجد بيها الحشرات
شركة رش مبيدات بالطائف
شركة مكافحة النمل الابيض بالطائف
شركة مكافحة الفئران بالطائف
مكافحة الفئران بالطائف
http://beit-alezz.com/%D8%B4%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D9%85%D9%83%D8%A7%D9%81%D8%AD%D8%A9-%D8%AD%D8%B4%D8%B1%D8%A7%D8%AA-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%B7%D8%A7%D8%A6%D9%81/
Catat Ulasan