Mendengar
khutbah dan kuliyah,
Mendorong
manusia untuk berubah,
Tarbiyah
menjadi asbab hidayah,
Dengan
hidayah manusia berislah.
Masih ada
sebilangan kecil daripada masyarakat kita yang kurang memahami beberapa istilah
dan konsep dalam perkaderan Islam. Sedangkan antara wasilah tarbiyah Islamiah
seperti tazkirah, kuliyah dan seumpamanya sebenarnya sebahagian daripada mereka
telah, sedang akan terus lalui dalam kehidupan seharian. Insya Allah...
CERAH-CERAHKAN
:
Wasilah
Tarbiyah Islamiyah dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu :
1) WASILAH
UMUM.
Ia bermaksud
yang diterima pakai oleh seluruh umat Islam. Ia adalah seperti berikut :
1. Ceramah,
Tazkirah / Kuliyah.
Kalimah yang
lahir daripada hati yang ikhlas mampu menembusi hati dan melekat di dalamnya.
Justeru memberi peringatan secara lisan dianggap senjata paling ampuh untuk dakwah
Islamiyah.
2. Qudwah
Hasanah.
Ia bermaksud
mengikuti orang lain di dalam amalannya yang baik. Para anbiya’ diberi kekuatan
qudwah ini sehingga memudahkan para pengikutnya mengikuti petunjuknya dengan
mudah dan jelas.
3.
Pengkisahan Sejarah Manusia.
Ia mudah
menjadi iktibar kepada manusia yang berfikir, menetapkan hati dan meringan
beban yang tertanggung. Al-Quran menggunakan pengkisahan umat terdahulu dengan
para nabi mereka sebagai wasilah yang berkesan untuk mengajak manusia kepada
hidayah Allah SWT.