Isnin, 13 April 2015

CUIT- CUIT USTAZ KAY - MELATIH KADER-KADER ISLAM

Mendengar khutbah dan kuliyah,
Mendorong manusia untuk berubah,
Tarbiyah menjadi asbab hidayah,
Dengan hidayah manusia berislah.

Masih ada sebilangan kecil daripada masyarakat kita yang kurang memahami beberapa istilah dan konsep dalam perkaderan Islam. Sedangkan antara wasilah tarbiyah Islamiah seperti tazkirah, kuliyah dan seumpamanya sebenarnya sebahagian daripada mereka telah, sedang akan terus lalui dalam kehidupan seharian. Insya Allah...

CERAH-CERAHKAN :
Wasilah Tarbiyah Islamiyah dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu :

1) WASILAH UMUM.
Ia bermaksud yang diterima pakai oleh seluruh umat Islam. Ia adalah seperti berikut :

1. Ceramah, Tazkirah / Kuliyah.
Kalimah yang lahir daripada hati yang ikhlas mampu menembusi hati dan melekat di dalamnya. Justeru memberi peringatan secara lisan dianggap senjata paling ampuh untuk dakwah Islamiyah.

2. Qudwah Hasanah.
Ia bermaksud mengikuti orang lain di dalam amalannya yang baik. Para anbiya’ diberi kekuatan qudwah ini sehingga memudahkan para pengikutnya mengikuti petunjuknya dengan mudah dan jelas.

3. Pengkisahan Sejarah Manusia.
Ia mudah menjadi iktibar kepada manusia yang berfikir, menetapkan hati dan meringan beban yang tertanggung. Al-Quran menggunakan pengkisahan umat terdahulu dengan para nabi mereka sebagai wasilah yang berkesan untuk mengajak manusia kepada hidayah Allah SWT.


4. Berhias Dengan Akhlak Yang Baik.
Akhlak yang baik seperti sifat benar, amanah, setia, tawadhu’, sabar, pemurah dan sebagainya cukup untuk menjadi wasilah yang terbaik kepada tarbiyah Islamiyah ini.

5. Membersih Diri Daripada Akhlak Yang Buruk. Menjauhi akhlak yang buruk seperti keluh kesah, bakhil, sombong, khianat, dengki dan sebagainya akan menjadi senjata dan jalan yang mudah ke arah kejayaan sesebuah tarbiyah.

6. Ganjaran Dan Pembalasan (pahala dan dosa). Ia satu wasilah yang memotivasikan manusia untuk mengejar kemaslahatan diri dan menjauhi kemudharatan. Al-Quran penuh dengan wasilah Targhib dan Tarhib ini.

7. Ibadah Dan Taat Kepada Allah.
Ia berlaku dengan mendorong kecintaan untuk beribadah dan melakukan ketaatan kepada Allah dengan bukan hanya melaksanakan kefardhuan, bahkan menambahnya dengan ibadah nawafil.

8. Menyemai Kekuatan Dalaman Manusia. Islam memberi ruang agar kekuatan dalaman manusia diberi tempat dan ruang untuk tumbuh subur dengan kebaikan dan keadilan. Rasa cinta, nafsu, benci, ingin tahu dan sebagainya disemai dan dipandu untuk cintakan Allah, Rasul, ilmu dan kebaikan.

9. Menyelesaikan, Mengurai Isu Dan peristiwa. Ia bertujuan menyemarakkan pemikiran, melatih akal dan mengambil pengajaran dan kekuatan. Ia juga menolong untuk mengosongkan diri daripada keburukan akhlak.

10. Memenuhkan Masa Dengan Tugasan.
Masa adalah kehidupan. Tanpa pengisian dengan amal-amal yang soleh, masa akan terisi dengan amal-amal yang toleh dan merosakkan.

2) WASILAH KHUSUS.
Ia menjadi pelancar kepada kebanyakan gerakan Islam di dalam mentarbiyah ahli-ahlinya dengan Tarbiyah Islamiyah. Antaranya seperti berikut:

1. Usrah.
Satu unit halaqah kecil yang diketuai seorang naqib atau naqibah yang bertanggung jawab ke atasnya dalam mentarbiyah sesama ahli dengan saling mengenali, memahami, berlapang dada / bertolak ansur dan bekerjasama.

2. Katibah.
Program satu malam di jalan Allah. Di situ para ahli akan bersama-sama melakukan solat fardhu berjamaah, membaca Al-Quran, Zikrullah dan Qiamullail selain pembelajaran selepas Isya’, Hirasah, Al-Ma’thurat serta riadhah fizikal di sebelah paginya.

3. Rehlah Jamaah.
Program perkelahan ke tempat-tempat tertentu dengan pengisian rohani dan jasmani ke arah memupuk persaudaraan dan kerjasama di antara sesama ahli.

4. Daurah.
Program tamrin untuk beberapa hari ke arah memberi kefahaman mendalam kepada ahli terhadap tajuk-tajuk amal Islami yang penting. Ia juga merupakan latihan kefahaman untuk meningkatkan tahap keahlian anggota jamaah.

5. Nadwah Kepemimpinan.
Program yang berbentuk kursus atau seminar sehari atau lebih yang dihadiri kumpulan pemimpin tertentu ke arah memahami isu-isu semasa jamaah, masyarakat dan pendedahan kepemimpinan semasa.

6. Mukhayyam.
Program di luar untuk beberapa hari dengan pengisian ceramah, perbincangan, majlis kesenian Islam selain program ibadah dan ukhuwwah Islamiah.

7. Muktamar.
Perhimpunan besar tahunan untuk merumus keputusan jamaah dan mendengar arahan dan amanat kepimpinan Islam dari para ulama'.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Wasilah tarbiyah khusus dan umum di atas sebenarnya saling lengkap-melengkapi dan mestilah dilalui oleh setiap ahli gerakan Islam agar menyempurnakan pembinaan sahsiah yang merangkumi tuntutan ruhiyah, aqliyah, badaniyah, jamaiyah, ijtimaiyah dan seumpamanya.
Wallahu a'lam - Tanpa wasilah tiada tarbiyah, tanpa tarbiyah kita akan rebah. Ukay's.


Ustaz Kay bersama SAFC Training & Consultant biasa menganjurkan Wasilah Khusus ini seperti Usrah, Rehlah, Daurah, Mukhayyam, Mukhayyam Mua'askar, Nadwah Kepemimpinan, Seminar dan sebagainya. Kami berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengendalikannya sama ada untuk sekolah-sekolah, kolej, universiti dan pejabat-pejabat kerajaan ataupun swasta. Berminat untuk bekerjasama dengan kami, sila hubungi En. Noralfathu 0194814845) / Ust. Kay 0192319872 kahasi@yahoo.com

1 ulasan:

elkamaal berkata...

شركة مكافحة حشرات بالطائف قادره على القيام باعمال المكافحة والقضاء على اى نوع من الحشرات بالاعتماد على احدث الالات والماكينات التى تقوم بالوصول الى اصعب الاماكن التى من الممكن ان يتواجد بيها الحشرات
شركة رش مبيدات بالطائف
شركة مكافحة النمل الابيض بالطائف


شركة مكافحة الفئران بالطائف
مكافحة الفئران بالطائف


http://beit-alezz.com/%D8%B4%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D9%85%D9%83%D8%A7%D9%81%D8%AD%D8%A9-%D8%AD%D8%B4%D8%B1%D8%A7%D8%AA-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%B7%D8%A7%D8%A6%D9%81/