Rabu, 24 Oktober 2012

Perutusan Eidul Adha: Medan dakwah Rasulullah

Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Idul Adha yang sinonim dengan ibadah haji dan qorban.Ibadah haji dilaksanakan di Makkah yang menghimpunkan umat Islam seluruh dunia bagi melaksanakan rukan Islam kelima. Ia bukan sekadar ibadah biasa, tetapi mempunyai maksud yang besar kepada kesatuan Ummah dalam mendamaikan dunia dengan Islam.

Rasulullah SAW menjadikan musim haji di zaman jahiliyah untuk berdakwah kepada kelompok kabilah-kabilah Arab yang datang daripada berbagai wilayah.Bukan sekadar menyeru mereka memeluk Islam, bahkan mengajak mereka mendirikan negara yang melaksanakan syariat Allah SWT yang sifatnya adil untuk semua manusia tidak mengira agama dan bangsa dan juga adil kepada makhluk lain yang dipelihara dibawah pemerintahan.

Daripada satu kabilah kepada satu kabilah, sehinggalah akhirnya bertemu dengan penduduk Madinah suku Aus dan Khazraj yang menerima Islam dan bersedia menjadikan negara mereka Madinah sebagai tappk kekuasaan Islam.Tidak lama selepas peristiwa iitu, Nabi SAW telah berhijrah ke Madinah mendirikan kerajaan dan tamadun manusia yang berjaya mengeluarkan bangsa Arab daripada kegelapan jahiliyah, hidup yang porak peranda, jenayah yang berleluasa kepada kehidupan yang bersatu, maju dan sejahtera dibawah pemerintahan Islam. Bermula daripada inilah, maka tamadun manusia itu berkembang pesat mengambil conroh tauladan pemerintahan Rasululah SAW.

Begitu juga ibadah korban yang dilaksanakan Nabi Ibrahim AS penuh dengan ketaatan dan ujian yang berat. Namun keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya yang teguh menjadikan mereka manusia yang berjaya bukan sekadar melaksanakan perintah Allah dalam hal korban, tetapi juga berjaya mendirikan kerajaan orang beriman da mmngemudinya di Mekah, Palestin dan Syam.

Daripada keturunan Nabi Ibrahim ini melahirkan nabi yang ramai dan tersebar luasnya dakwah Islam zaman berzaman sehinggalah munculnya Nabi Muhammad daripada keturunan Ismail dam Nabi Yaakub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain nabi yang membawa risalah Allah SWT.Marilah kita mengambil pengajaran di atas dua peristiwa ini untuk meningkatkan keyakinan dan ketaatan kepada agama Allah SWT. Moga-moga kita dipilih oleh Allah menjadi hambanya yang istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam untuk kesejahteraan di muka bumi ini.Mewakili PAS, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini dan seluruhnya.

Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang

Presiden

Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Bicara santai bersama Abby Abadi


9 Nov 2012 (Jumaat) 8.00-10.00 malam 
Perkarangan Pejabat PAS Kota Melaka, Taman Seri Telok Mas. 

 Peminat, penyokong Abby serta penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir 

Sila dapatkan kupon berharga RM 15.00 dan RM 30.00 dari wakil kami  
1. Kapt Mohamad 012-6627250 
2. Azwan 012-6879046 
3. Pn Siti Salwani 019-4405599
 Kepada yg tidak mampu masih boleh hadir ya... 
Sokongan anda diperlukan
 -sumber dari Pas Kota Melaka-

Selasa, 23 Oktober 2012

Isu Rogol : Dewan Muslimat Tawar Rundingan


Dewan Muslimat PAS Pusat menawarkan sidang meja bulat kepada Wanita MCA bagi membolehkan isu berkaitan wanita Islam dibincangkan.Ketua Penerangannya, Aiman Athirah al-Jundi berkata sidang meja bulat itu boleh dianjurkan sekiranya Wanita MCA benar-benar tidak faham dan keliru berhubung soal aurat wanita, isu rogol dan zina dari perspektif Islam.Sebaliknya, jika Wanita MCA sengaja mengelirukan masyarakat Cina tentang perkara tersebut, satu tindakan undang-undang akan diambil jika tidak memohon maaf.Athirah berkata demikian, dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini sebagai mengulas kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kei berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kemungkinan Heng tersilap dan terkhilaf kerana tidak memahami mantik serta seni bahasa Melayu itu, khususnya yang digunakan oleh Datuk Nik Aziz ketika mengulas soal aurat, serta budaya mendedahkan aurat sehingga cenderung mengundang fitnah serta merangsang "manusia" yang melihatnya, berdasarkan kepada hukum fitrah manusia yang lemah dan mudah terangsang."Dan, kemungkinan juga Heng sebenarnya faham maksud sebenar ceramah Tuan Guru Nik Aziz, tetapi sengaja mengambil kesempatan itu bagi memesongkan fahaman masyarakat Cina yang masih 'diperbodohkan' MCA," kata beliau.Tambah Athirah, jika benar Heng sengaja mengelirukan masyarakat Cina, maka beliau perlu memohon maaf secara terbuka kerana tuduhan itu sangat biadap, liar dan merosakkan perpaduan kaum dan agama yang sekian lama diusahakan, dipertahankan dan saling hormat-menghormati.

Namun, jika Heng benar-benar tidak faham, Muslimat PAS bersedia membantu mereka untuk lebih memahami dan menjernihkan kekeliruan ini."Islam itu agama rahmat (kasih sayang). Rogol dan zina jelas adalah dosa besar. Mana mungkin kita di dalam PAS mengatakan ianya boleh, apatah lagi menggalakkannya pula seperti mana tuduhan Heng, yang juga disokong oleh Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek.Muslimat bersedia menanggung semua perbelanjaan mengadakan sidang meja bulat ini dan kita jemput pimpinan dan penyokong kalangan Wanita MCA untuk hadir," tegas beliau.Memandangkan Umno gagal menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan MCA faham dan menghormati agama Islam, kata Athirah maka Muslimat PAS sanggup mengambil tanggungjawab tersebut.Dua hari lalu, Heng dilaporkan berkata PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Datuk Nik Aziz yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

Himpunan Bantah Chua Soi Lek Esok


Pemuda PAS menganjurkan himpunan aman dan serahan memorandum bagi membantah kebiadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam pada hari Rabu, esok.Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ia akan diadakan jam 2.30 petang di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumput.Himpunan ini diadakan ekoran kebiadaban Dr Chua Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.
Terbaru, Chua berkata, negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.Ekoran itu, pelbagai pertubuhan khasnya PAS telah membantah kenyataan ini kerana ia bukan lagi menyerang PAS atau DAP yang menjadi musuh politiknya, tetapi menyerang Islam selaku agama rasmi negara ini.Turut membuat bantahan terhadap kenyataan Chua adalah Abim, Ikram dan pelbagai pertubuhan Islam lagi.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, selama ini pemimpin Umno yang paling banyak menghina Islam."Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua."Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran."Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

Ijtimak Alimat Kebangsaan : Alimat Pemacu Mewujudkan Masyarakat Sejahtera


Oleh: Ustazah Masturah

Kuala Lumpur:Alimat menjadi tonggak yang penting dalam merealisasikan harapan seluruh rakyat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ianya merupakan satu tanggungjawab yang terpaksa digalas alimat untuk menggantikan kegagalan kerajaan Umno BN.Untuk maklumat ringkas, Alimat merupakan istilah yang digunakan oleh pihak LKUP yang merujuk kepada kumpulan ilmuan Islam daripada kalangan muslimat yang berada di bawah Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat.

Baru-baru ini, satu Ijtimak Alimat Kebangsaan telah berjaya diadakan di KUIZM,Gombak. Ianya telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh ilmuan Islam Muslimat dari seluruh negara termasuk peserta daripada Malaysia Timur. Peserta yang datang diluar jangkaan pihak penganjur.Ijtimak Alimat Kebangsaan telah dirasmikan oleh Pengerusi Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis (LKUP) DUPP, al-Fadhil Ustaz Hj Khairul Muntanazar bin Ismail.

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau amat mengharapkan agar para Alimat terus bersama-sama melibatkan diri dalam LKUP Dewan Ulamak Pas Pusat dan memberi komitmen yang tinggi dalam kerja-kerja Islam bagi memastikan PAS terus dipimpin oleh golongan Ulamak.Ustaz Hj Muhammad Ismi Hj Mohamad Taib, Penolong Setiausaha DUPP dalam ceramah beliau juga turut menyuntik semangat para Alimat untuk terus maju melakukan perubahan.

"Para Alimat perlu bangkit menyaingi wanita-wanita yang mengabaikan Islam dan wanita-wanita yang tidak memahami Islam dari memegang tampuk kepimpinan negara jika ingin melihat negara kita selamat sejahtera," tegas beliau.Program ini merupakan program tahunan LKUP DUPP dan InsyaAllah akan diteruskan pada masa-masa akan datang.Pihak penganjur mengucapkan ribuan teriama dan Jazahumullah kepada para peserta yang datang dari pelusuk negara

Selasa, 16 Oktober 2012

Tahniah Melaka .. Hutang Makin Meningkat


Tahniah...Kerajaan Negeri Melaka dibawah Ali Ketam opps silap Ali Rustam telah berjaya meningkatkan HUTANG.... Hutang kerajaan negeri Melaka meningkat kepada RM865.94 juta iaitu meningkat sebanyak RM12.87 juta. 

Fakta didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan/Agensi tahun 2011 bahagian II muka surat xiii. Manakala Kerajaan Negeri Melaka hanya membayar hutang sebanyak RM0.18juta sahaja pada tahun 2011. Kalau macam inilah prestasi membayar hutang, kita yakin sampai bilapun hutang kerajaan negeri tidak akan habis.


 P/S : Tahniah diucapkan diatas pencapaian HEBAT ini